apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

17.3.11

Bronkiul Akut - apakah anak anda mengalaminya?

MESIN penyedut khas digunakan bagi mengeluarkan kahak
yang mula melitupi paru-paru.
situasi 1:
anak anda yang baru berusia enam bulan setengah tidak lena tidur. Sekejap-sekejap dia terjaga dan terbatuk. pagi esok, lepas anda mandikan dia, anak anda kelihatan gelisah seakan-akan sukar untuk bernafas semasa dia menyusu. anda bawa dia jumpa doktor pakar. anda pastinya cemas bila anak anda didiagnosis penyakit bronkiul akut. 

situasi 2:
bayi lelaki yang baru anda lahirkan lima bulan dulu tidak tidur sepanjang malam. Nafasnya mengah dan dadanya berombak-ombak.
Kepalanya panas, batuknya kerap dan kadangkala tidak putus. Sesekali berbunyi nafas berdehit. Ubat demam dan antibiotik yang dibekalkan sebuah klinik tidak dapat dia telan malah dimuntahkan semula.

anda bawa bayi comel anda itu ke hospital. doktor memberitahu si comel dijangkiti penyakit bronkiul akut pada tahap yang teruk. terus anak anda dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan diberikan bantuan pernafasan. Lima hari di ICU dan dia tidak sedarkan diri. Setiap hari dia diberi Nebulizer (ubat cairkan kahak) sebelum kahaknya disedut menggunakan pam penyedut melalui hidung dan mulut. selepas seminggu, barulah dia dapat bernafas seperti biasa dan dipindahkan ke wad biasa. Namun, batuknya masih teruk dan berkahak. 

apakah penyakit bronkiul akut ini?
Penyakit bronkiul akut terjadi disebabkan jangkitan beberapa jenis virus pada paru-paru. Paling kerap ia disebabkan oleh virus sinsitium pernafasan (RSV). Virus itu menyebabkan paru-paru berkahak dan saluran pernafasan menjadi sempit. Ia biasanya menyerang kanak-kanak yang berusia di bawah dua tahun.  
- Pakar Kanak-Kanak, Hospital Pakar Al-Islam, Kuala Lumpur, Dr. Noor Aziah Mohd. Saari kepada Jurnal.


Faktor-faktor yang menyebabkan jangkitan virus:


1. Anak yang dihantar ke pusat penjagaan kanak-kanak memang lebih kerap mendapat jangkitan respiratori melalui batuk dan selesema secara tidak langsung daripada kanak-kanak lain.
“Ini kerana mereka terdedah kepada lebih ramai kanak-kanak daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Cara yang paling baik untuk mencegahnya ialah dengan mengasingkan kanak-kanak yang menghidap demam dan batuk di bilik berasingan dan dijaga oleh penjaga yang berlainan."
bagaimanapun, kalau anak anda kuat antibodinya, insyaallah, selamat. macam mana nak bagi kuat antibodi?
“Penyusuan susu ibu secara eksklusif juga lebih menguatkan antibodi seseorang bayi daripada dijangkiti pada usia yang sangat muda,” 
2. bronkiul akut juga mudah berlaku jika persekitaran berhabuk, pendedahan kepada asap rokok serta binatang peliharaan di dalam rumah seperti kucing dan hamster. malah, pendedahan kepada asap rokok semasa di dalam kandungan meningkatkan risiko bronkiul akut dan asma.
Aziah memberitahu, penyebab penyakit ini adalah virus, jadi pengambilan antibiotik tidak berkesan kecuali jika terdapat jangkitan bakteria.
dan...
antivirus tidak digunakan secara meluas memandangkan ia mempunyai kesan sampingan.
bolehkah bronkiul akut berulang?


jawabnya, ya..bronkiul akut boleh berulang disebabkan radang yang menyerang paru-paru.
“Jika simptomnya berterusan selama lebih tiga bulan, keadaan mungkin menjadi kronik. Lebih lazim lagi, bronkiul akut sering berlaku pada kanak-kanak yang mempunyai sejarah alergi atau asma dalam keluarga. Dengan itu, simptom berpanjangan mungkin berkait rapat dengan masalah asma penghidap bronkiul akut." 
bagaimanapun,
Penyakit ini boleh pulih sepenuhnya kalau dirawat pada peringkat awal terutama jika kanak-kanak itu tidak mempunyai sejarah asma atau alergi dalam keluarganya.
bronkiul akut juga boleh menjadi lebih rumit jika berlaku jangkitan radang paru-paru disebabkan bakteria.
“Dalam keadaan yang lebih parah lagi, ia boleh mengakibatkan kegagalan respiratori akut, iaitu keadaan paru-paru tidak dapat berfungsi dengan baik dan paras oksigen dalam darah turun ke tahap yang berbahaya. Dalam keadaan ini, bantuan dengan mesin pernafasan adalah perlu."
sofi: jangan ambil mudah dan anggap enteng jika simptom di atas berlaku pada anak kesayangan anda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.