apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

19.3.11

BNM umum 2 syarat baru untuk miliki kad kredit

rata-rata, kita lihat, rakyat malaysia terutama yang 'kaya-kaya' berbelanja menggunakan kad kredit. 

This is my card..... eh, silap, tu kad nama, kan?

tapi, memang ramai di antara kita yang suka menggunakan kad kredit semasa membeli-belah terutama di 'shopping complex' besar-besar dan berprestij seperti pavilion...kerana..... of course.. di zaman ini, alasannya ialah lebih selamat, kan? iyalah, kalau nak shopping ribu-riban, tentulah lebih mudah pakai kad, berbanding memberatkan beg tangan dan beg duit dengan not-not biru, hijau dan merah, tak gitu?

orang kaya aje ke ada kad kredit? no... sekarang ni, budak sekolah, isteri-isteri (suri rumah) pun ada tapi supplementary ajelah... 

seronok ke ada kad kredit? yang ni yang susah nak jawab sebenarnya. 

memang best sampai terlebih belanja..itu jawapan yang paling tepat. limit kad rm3 ribu..... tapi kadang-kadang.. dalam bershopping, tak sedar...betul tak? jadi, bila dah gitu, ramai yang mengabaikan bayaran bil tu. ramai yang kemudian disenaraihitam. iyalah, kalau dah sampai gaji tinggal ciput, camne, kan? 

tapi, ramai yang tidak sedar juga. biasanya, bila limit satu bank dah sampai hidung, ada yang berani buat kad kredit baru dengan bank lain. so, kalau anda check wallet orang lelaki sekarang, tentu bilangan kad kreditnya melebihi 1. wah... bergaya, kan? tapi sebenarnya, habuk pun tarak. buat semua tak berbayar, bererti...sengaja menempah hutang dengan bunga yang tinggi...18 % sebulan, kan?

so aku tentu sahaja menyokong 2 langkah yang dibuat oleh BANK Negara Malaysia (BNM).

1. BNM akan menyemak semula syarat kelayakan pendapatan minimum bagi permohonan kad kredit kepada RM24,000 setahun daripada RM18,000 setahun berkuat kuasa serta-merta.

2. Timbalan Gabenor BNM, Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, mereka yang mempunyai pendapatan kurang RM36,000 setahun pula hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar saja.

ada yang marah? toksah!! tu untuk kebaikan. 

tak peduli? nak pakai kad jugak? 

boleh aje....pakai kad debit. sekarang ni, semua bank ada kemudahan debit card. 

debit card jauh lebih baik daripada credit card sebab debit card tu, duit kita sendiri. kalau gaji kita banyak, kita bubuh banyak dalam akaun debit card tu, kita boleh gunakannya. lagipula, duit kita, so tentu kita akan lebih berwaspada. taklah beli merapu-rapu aje, kan?  

sofi: bertukarlah kepada debit card sekarang..hehe..



2 ulasan:

  1. ada gak yg tak eloknyer...pembelian barangan melebihi rm500 takkan nak bawak cash jer kot... kalau kene outstation luar negara nak bawak cash sahaja? tanpa backup kad kredit :)

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.