Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

anda cuba baca artikel di bawah. aku petik daripada harian metro.  KUALA LUMPUR: Satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki...

betulkah ada video 18sx ni? nak tumpang tengok, boleh?

By Mac 21, 2011

anda cuba baca artikel di bawah. aku petik daripada harian metro. 
KUALA LUMPUR: Satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini. Bernama melaporkan, kumpulan diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini.
satu lagi kes melibatkan perlakuan seks. entah mengapa, aku dapat membayangkan siapakah ahli politik yang dimaksudkan itu...okey, baca lagi:
Kumpulan itu juga mendakwa memiliki seutas jam tangan, dikatakan milik ahli politik itu, yang didakwa diambil oleh wanita itu ketika mengadakan hubungan seks pada 21 Februari tahun ini. Anggota kumpulan itu berkata, mereka memutuskan untuk mendedahkan perkara itu sekarang kerana sudah tiba masanya untuk orang ramai mengetahui perkara sebenar mengenai ahli politik itu.
berita seks ni kengkawan, adalah berita hiburan bagi sesetengah orang. kalau kat blog, tulis bab seks aje, mesti ramai yang mengunjungi blog tersebut. tapi aku rasa.... sedih? hiba? kecewa? marah? bila baca apa yang tecatat di bawah. 
Sementara itu, Beberapa media internet dan blog melaporkan, sekumpulan wartawan didedahkan diberi peluang menonton selama kira-kira 20 minit rakaman video aksi seks pemimpin utama pembangkang dengan wanita tidak dikenali itu. Video yang memaparkan lelaki mirip ahli Parlimen pembangkang itu ditayangkan kepada wakil media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara, pagi ini. 
kenapa? kenapa perlu ditunjukkan pada orang? pada wartawan? apa tujuannya?
Rakaman memaparkan aksi seks ahli politik itu dengan seorang wanita muda itu didedahkan bagi mendesak ahli politik terbabit meletak jawatan. Sekiranya ahli politik terbabit tidak berbuat demikian, video klip itu dikatakan akan didedahkan kepada umum.
masyaallah...nak mengugut rupa-rupanya? gunalah cara pengecut begitu. aduhai... persoalannya, masih adalah yang ingin percaya? 

You Might Also Like

0 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.