apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

15.3.11

bersalah tetap akan dihukum, kan?

sebelum membaca artikel ni dalam metro, aku ingat jaga ni orang tua, rupa-rupanya umur baru 19 tahun. pastu ingat sekali aje merogol, rupa-rupanya, 5 kali. aduhai...apa nak jadi? 

tak takutkah anda jika anda punya anak gadis? aku rasa gentar pulak dah.... iyalah, kan..risau memikirkan bagaimana pada usia muda begini, keinginan nafsu syahwat begitu kuat... adoii...

remaja ini baru mintak masuk askar dan kini terpaksa meringkuk dalam penjara jika sabit kesalahan atas tuduhan merogol remaja berusia 14 tahun dalam lima kejadian berasingan di Bukit Sentosa, dekat sini, akhir tahun lalu. 

kenapa aku katakan begitu?

kerana dia sudah mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan pada prosiding sebutan semula kes itu, semalam. 

Hakim Latifah Mohd Tahar, bagaimanapun menetapkan 21 April depan sebagai tarikh untuk menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.