Langkau ke kandungan utama

berniaga di internet perlukan kejujuran.

Sesuai dengan perubahan gaya hidup yang semakin sibuk, kaedah membeli secara online (dalam talian) kini semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Di negara maju seperti Amerika atau Britain, pembelian melalui Internet sudah lama diamalkan. Walaupun kaedah berkenaan semakin mendapat perhatian masyarakat di negara ini, ia belum begitu rancak walaupun sudah menunjukkan tanda positif apabila wanita yang mempunyai kuasa beli yang tinggi semakin mengenali kaedah pembelian secara maya itu.

bagi aku, jika hendak berniaga di internet, seseorang peniaga itu perlu jujur. ini kerana, kebiasaannya, peniaga akan mendapat wang dahulu daripada pembeli, sebelum dia poskan barangan yang dibeli itu. mengapa ada yang sudi membeli? ini kerana, melalui Internet, kita mencari barangan yang bermutu pada harga berpatutan, harag yang lebih murah di samping berpeluang mendapatkan model barangan berjenama yang tidak dijual di negara ini.

tapi, kerana hendak cepat kaya, ada penjual yang sanggup menipu pembeli. lepas dapat duit, terus lesap. akaun ditutup. barang tak dihantar. kesian kepada si pembeli. duit habis, barang x dapat. 

Berikutan perasaan tidak puas ditipu, sekumpulan pembeli yang pernah ditipu peniaga maya mewujudkan laman khas di Facebook iaitu Kami Benci Online Shop Yang Tipu & Makan Duit Haram. laman web ini antara laman web yang kini diminati hampir 12,000 pengguna. Laman berkenaan menyediakan banyak maklumat berguna mengenai senarai nama kedai maya serta individu yang disyaki menipu duit pelanggan mereka.

anda pernah kena tipu? mengadulah di laman web itu. hmm....


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…