apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

4.3.11

bercerai setiap 15 minit? mak aii...

wahai pasangan suami isteri, baca ni!


Amat mengejutkan apabila kadar penceraian di kalangan pasangan suami isteri di negara ini berlaku dalam tempoh setiap 15 minit, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Mashitah berkata, beliau tidak menafikan ada peningkatan kes penceraian di negara ini setiap tahun, malah statistik pada 2009 menunjukkan setiap perkahwinan yang didaftarkan setiap hari pasti akan ada perceraian yang berlaku.

ada banyak faktor yang menyumbang ke arah penceraian pasangan suami isteri, antaranya suami atau isteri yang mengabaikan tanggungjawab dan tidak menjaga solat.

“Kita tidak dapat menafikan kelalaian menjaga solat menjadi punca kepada suami isteri mengabaikan tanggungjawab lain. “Kalau tanggungjawab kepada Allah yang secara istiqamah (tetap) patut dilaksanakan lima kali sehari tidak dapat dilakukan, sudah tentu kita dapat membayangkan sukar untuk melaksanakan peranan mereka sebagai suami dan isteri,”

2 ulasan:

  1. zaman sekarang penceraian adalah jln keluar dari masalah, suami atau isteri akan menceritakan masalah mereka pada teman sepejabat maka terjadi rampas merampas, suami org,mulalah ada affair sana dan sini takut saya semasa saya kerja itu pernah klu tak dibedong menjadi penyakit masyarakat, kesian imam2 kat masjid setiasa berdoa kesejateraan kat malaysia tapi rakyat sibuk buat maksiat maaf benda ni dah lama terjadi sejak 90an lagi apanak buat tiada usaha membendungnya

    BalasPadam
  2. @Anonymous
    setuju sangat...mula2 luahkan perasaan, lepas cerita keburukan, maka peluang dpn mata..mcm ikan dengan kucinglah jadinya..

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.