Langkau ke kandungan utama

bala dan musibah dalam dunia hari ini... kerana ingkarnya manusia?

assalamualaikum....

bermula dengan krisis di sudan, pemimpin-pemimpin dunia arab lepas sorang, sorang menghadapi kebangkitan rakyat mereka. pergolakan di mesir menyebabkan dunia gempar seketika. rakyat negara asing dipanggil pulang termasuk para pelajar malaysia. alhamdulillah, mereka kemudian boleh kembali meneruskan pengajian kerana hosni mubarak memenuhi tuntutan rakyat yang mahu dia berundur. 

namun peristiwa itu bagai menggesa rakyat di negara arab lainnya untuk bangkit menolak kepimpinan mereka yang dirasakan sudah terlalu lama berada di tampuk pemerintahan. yaman masih bergolak. libya pula diserang oleh amerika menyebabkan dunia mengutuk serangan itu. 

pemimpin libya tetap keras. dari sejak muda sehingga kini, muammar ghadafi satu-satunya pemimpin arab yang tidak pernah akur dan tunduk kepada amerika mahupun sekutunya. sebab itu dia dibenci orang luar tetapi kini, dia juga sudah menjadi musuh dalam negaranya sendiri. sememangnya, bila seseorang sudah terlalu lama berada di tampuk pemerintahan, dia lupa untuk berpijak di bumi nyata. 

bencana berterusan hingga kini. jepun, negara maju yang dilanda 4 musibah secara berterusan. semua orang pun dah tahu, kan?

mula-mula, jepun dilanda gempa bumi. ahh...yang tu, rakyatnya kira okey jek...iyalah... diorang cukup bersedia untuk itu. tak lama lepas tu, terus dilanda tsunami pula. satu kampung ghaib bersama 10 ribu penghuninya. tak cukup lagi.... loji nuklearnya pula meletup menyebabkan sisa radioaktif terbebas ke udara dan sedang berarak di ruang angkasa dunia. dan terbaru, jepun ditimbuni salji, keadaan yang terlalu sejuk berbanding masa-masa sebelumnya. 

namun, di sebalik semua yang mendatang, siapakah yang dapat menafikan ketenangan orang jepun menangani musibah yang menimpa? selepas 10 hari, tiada kekalutan. rakyatnya masih berbaris untuk membeli makanan. masih tenang menyapu halaman. masih setia membantu jiran di sekeliling. 

sesungguhnya, apakah ada kita dengar mereka saling menyalahi antara rakyat dan pemimpin? tak ada.... aku akui, aku kagum dengan mentaliti bangsa yang satu ini. begitu kuat! 

ada yang kata, jepun ditimpa bala sebab negara itu paling sedikit umat islamnya. ada yang cakap, ugama yang dianuti itu terlalu jelek, sebab itu ditimpakan bala....

bagi aku, Allah melakukan sesuatu atas hak dan zatNya. Allah Maha Mengetahui mengapa bala itu diturunkan.Dan, janganlah terlalu gembira serta merasa bahagia bila Malaysia terlepas daripada semua itu. apakah rakyat Malaysia ini semuanya baik-baik sebab itu semua bencana itu tidak kita alami? 

memang benar, selagi ada ulamak yang mengajak ke jalan kebaikan, insyaallah, akan selamatlah kita namun jangan lupa, jika maksiat berleluasa, Allah akan turunkan bala meskipun ada manusia baik di tempat itu. bagi aku, malaysia hari ini, sudah terlalu 'advance' dalam segala segi. dan aku takut.... takut, kita tidak sempat bertaubat nasuha bila amarah Allah mendatangi. 

wallahualam. 

Ulasan

  1. Sememangnya negara kita belum mengalami musibah-musibah seumpama itu, tetapi andai kita perhalusi kita telah dan sedang mengalaminya. Contohnya masalah ekonomi. Pasti ada yang berkata, itu tak boleh nak buat apa, ianya melibatkan urusan antarabangsa, bukan negara kita sahaja yang mengalaminya. Itu benar, tetapi andai Allah s.w.t. memberkati, insya Allah negara kita tidak mengalaminya. Kes pembuangan bayi yang berlaku setiap hari, kes pembunuhan, masalah pergaulan bebas tidak kira peringkat umur, bangsa kita yang terlalu leka dengan hiburan & lain-lain jenayah yang kadang-kadang kita tidak terfikir pun boleh berlaku. Ayuh marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri, betulkan apa yang telah tersilap. Mohon dengan Allah s.w.t. agar negara kita terus diberkati.

    BalasPadam
  2. Anonymous, benar semuanya... subhanallah

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…