apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

29.3.11

ayah yang mabuk tikam anak sehingga mati

orang, kalau anak, disayangi. ditatang macam minyak yang penuh. sesekali kalau nak marah, wajiblah...itupun sekiranya anak itu memang betul-betul bersalah. takkan hendak dibiarkan dia larut dalam kesalahan, kan?

tapi, itulah... kalau dah meneguk air setan tu, anak dengan musuh pun dah tak kenal dah. nasihat dengan teguran pun dah tak boleh nak dibezakan. dan di kala itu, syaitan begitu gembira. kenapa? dia berjaya memperdaya lelaki mabuk itu sehingga dia membunuh anak lelakinya.

membunuh! hanya kerana anaknya marah dia mabuk dan bertelanjang di hadapan rumah! ya, kasihan si anak! kini dia sudah tak ada lagi dalam dunia. dia mati akibat ditikam oleh bapanya.

kini, si bapa itu sedang melarikan diri. aku harap dia akan segera ditemui polis. agar hukuman setimpal dapat dikenakan terhadapnya.

kalau kita berada di tempat si isteri dan ibu yang malang itu, dapatkah kita menyelami perasaannya?

sumber: metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.