Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

dahsyat betul kesan gempa bumi dan tsunami yang melanda jepun, ya. kematian..semakin meningkat. ditambah lagi derita itu dengan kesan radia...

angka kematian terus meningkat di jepun....

By Mac 14, 2011

dahsyat betul kesan gempa bumi dan tsunami yang melanda jepun, ya. kematian..semakin meningkat. ditambah lagi derita itu dengan kesan radiasi bahan radioaktif akibat letupan di 'nuclear plant' Fukushima Daiichi-I 

ANGGOTA penyelamat memakai pakaian perlindungan radiasi
ketika melakukan kerja-kerja menyelamat
di bandar Nihonmatsu, Fukushima, Jepun semalam.

Dilaporkan, rakyat Malaysia di Kepulauan Jepun yang sedang dilanda musibah itu berada dalam keadaan selamat. Alhamdulillah. 

Bagaimanapun, masyarakat antarabangsa termasuk rakyat Malaysia di Jepun kini bimbang satu lagi letupan dalam bangunan yang menempatkan reaktor No.3 di loji nuklear Fukushima Daiichi-I mungkin berlaku. Makk....risaunya rasa hati, kan? serentak bencana alam dan kejadian letupan nuklear berlaku... tentu sahaja bencana ini lebih dahsyat daripada bencana-bencana lain yang pernah berlaku.... 

melihat video dan gambar-gambar yang diambil.... kita turut bersedih dan takut. sukar hendak percaya tapi...kita hanya hambaNya...harus pasrah dengan dugaan yang menimpa ini. 

You Might Also Like

0 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.