Langkau ke kandungan utama

alam barzakh

baru sudah menonton rancangan tanya ustaz di tv 9. tajuk yang sungguh menarik dengan kupasan oleh ustaz hassan din al hafiz. izinkan aku berkongsi apa yang aku dapat tadi, dengan anda...

bila kita mati, kita berpindah ke alam baru. alam barzakh namanya. sebaik kita sudah dikebumikan, dan bila kita ditinggalkan maka datanglah malaikat mungkar dan nakir untuk bertanyakan kita soalan-soalan. soalan-soalan itu hanya boleh dijawab oleh amal ibadah yang kita kerjakan di dalam dunia ini. kalau amalan kita banyak, ikhlas dan semuanya kerana Allah, insyaallah, selamat kita. tergolonglah kita dalam golongan orang-orang yang bertuah... bahagia menanti hari akhirat yang bakal tiba nanti...

yang aku tertarik tu ialah bila ustaz cakap roh orang-orang baik ini boleh meminta izin untuk kembali melihat ahli keluarganya...

bayangkan kalau arwah datang dan melihat balunya sedang mengaji quran...tentulah bahagia yang teramat rasanya, kan... tapi bagaimana kalau roh emak ayah kita datang tetapi waktu tu kita sedang buat perkara-perkara maksiat...tentu roh mereka sedih, kan? 

rupanya...tidak terputus hubungan antara yang hidup dengan yang sudah mati... 

siapakah manusia yang paling cerdik di dalam dunia ni?

sabda nabi saw, maksudnya, 
"orang yang paling cerdik di antara kamu ialah orang yang sentiasa mengingati mati..."
jadi, di samping kita memikirkan apa nak masak untuk anak-anak, apa nak buat supaya suami sentiasa sayangkan kita ataupun memikirkan semua soal-soal duniawi....ingatlah bahwa malaikat maut menjenguk kita kalau tak silap sebanyak > < 80 kali sehari semalam.....

sudah bersediakah kita?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…