apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

18.3.11

aku tak tahu pun... owhhh bodohkah aku?


ya, hari ini baru aku tahu tentang sesuatu. terkejut jugalah.. aku segera insaf, begitu aku lalai dan tidak mengambil  berat....

nak tahu tentang apa yang menjadi rungutanku ini?

okey, anda baca.....


soalan:
BABI dan anjing adalah najis mughallazah. Bagaimana pula dengan serigala? Adakah ia di dalam kategori berkenaan?
jawapan:
MENURUT Kamus Dewan (2005: 1471) serigala sejenis binatang liar (rupanya seperti anjing dan berwarna kuning kelabu). Ia juga disebut sebagai canis lupus, iaitu sejenis anjing hutan dan cyon rutilans.
istilah bahasa Inggeris untuk serigala ialah “gray wolf” atau “grey wolf” atau sekadar “wolf” (http://en.wikipedia.org/wiki/Gray_wolf; juga lihat http://commons.wikimedia.org/wiki/Canis_lupus).
Memandangkan serigala termasuk dalam golongan anjing atau spesies kanin (canine species), hukumnya sama dengan anjing. Mazhab Shafie menghukumkan anjing dengan najis mughallazah (berat) sama dengan babi.
Justeru segala hukum berkaitan dengan anjing seperti jilatan dan pemeliharaan diguna pakai dan perlu diambil kira.
alhamdulillah, mujur selama ni tak jumpa serigala sepanjang hidup, hanya tengok kat tv aje.. at least, sekarang ni dah okey dah...dah faham yang serigala tu macam anjing dan babi merupakan najis mughallazah... 

thanx metro

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.