apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

6.3.11

ada ubat dibungkus dengan DNA babi??

rupa-rupanya nak makan ubat sekarang ni pun, kita sebagai umat islam, harus berhati-hati. 

pengumuman menteri di jabatan perdana menteri yang berjanji akan mengumumkan produk farmaseutikal yang didapati dibungkus dengan kapsul gelatin positif asid deoksiribonukleik (DNA) babi bagi memastikan umat Islam tidak terbeli atau terguna produk itu. 

Beliau berkata, produk tersebut turut tidak dibenarkan dijual di kaunter terbuka di semua premis seluruh negara. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan mesyuarat khas untuk membuat semakan terhadap produk farmaseutikal berkenaan untuk disenaraikan.
Senarai produk ini juga akan diumumkan sebagai produk haram kepada umat Islam.
nanti bila senarai itu diketahui, aku akan masukkan dalam entri seterusnya. tunggu, ya...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.