Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2011

Dah tiga orang jadi mangsa...

PUTRAJAYA - Seorang lagi pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur meninggal dunia akibat jangkitan adenovirus kelmarin, menjadikan jumlah mangsa yang maut akibat serangan virus itu tiga orang setakat ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mengesahkan kes itu berkata, mangsa ketiga yang maut akibat jangkitan itu berasal dari Bagan Datoh, Perak, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur pada pukul 11.30 malam kelmarin. Tiong Lai berkata, mangsa, Konstabel Mohammad Siman, 23, telah dimasukkan ke hospital itu sejak 3 Mac lalu dan meninggal akibat organ dalamannya gagal berfungsi. "Kes ini bukan kes terbaru dan kali terakhir kita menerima laporan pelatih dijangkiti adenovirus ialah pada 19 Mac lalu. Justeru, kita masih menunggu jika ada lagi yang dijangkiti atau tidak selepas itu sebelum boleh mengisytiharkan Pulapol bebas daripada jangkitan selewat-lewatnya 2 April ini (Sabtu)." Sebelum Mohammad, jangkitan virus terse…

bolehkah kahwin di alam maya hanya kerana nak elak zina maya?

BAGAIMANA sekiranya lelaki dan wanita sedang bersembang mengenai imaginasi hubungan seks dalam ruangan sembang di Internet?
Adakah ia termasuk dalam perbuatan zina?
Saya juga mahu kepastian, bagaimana jika yang mahu bernikah melalui alam maya (Internet) bagi mengelak zina? soalan ini aku temui dalam satu ruangan soal-jawab di harian metro. aku lalu terpanggil memuatkannya dalam entri sekali ini. bukan apa, sekarang ni kan banyak kes cinta melalui facebook dan segala macam halaman sembang? kalau dah lelaki perempuan bersembang, curah mencurah perasaan, hang sayang aku, aku sayang hang maka tidak mustahil bab-bab 'hubungan' antara lelaki perempuan termasuk sekali. betul tak? jadi, aku sertakan jawapan yang diberi, di bawah. bacalah...

semoga menjadi panduan!!!

SEKS siber (cybersex) adalah hubungan seks secara maya antara dua individu atau lebih secara jarak jauh melalui jaringan komputer dengan setiap orang menghantar mesej hubungan seksual kepada pasangannya.Kemudahan webcam pul…

yang harus anda lakukan untuk kebahagiaan rumah tangga anda

salam...

aku nak bagi beberapa amalan yang harus kita sama-sama buat untuk kebahagiaan rumah tangga. iyalah..di zaman ini, godaan datang dari setiap penjuru. jadi, kalau kita dapat memperkemaskan ikatan kita dan suami atau isteri masing-masing, insyaallah, bahagialah rumah tangga kita tu . kalau tidak, berpisah akhirnya....

1, eratkan hubungan suami isteri
persefahaman dan bertolak ansur merupakan petua terpenting yang harus kita amalkan. jangan menjawab bila suami naik hantu. dan suami pula, jangan ego bila isteri menegur. beralah, dan mengaku salah adalah amalan mereka yang perkahwinannya kekal lama. mungkin ayah ibu kita merupakan contoh terbaik.

2. sikap saling memahami
kalau isteri suka baca novel, suami jangan perlekeh. kalau x mahu beli novel untuknya pun, sekurang-kurangnya semasa dia asyik membaca, anda tengok-tengokkanlah anak. begitu juga dengan isteri. kalau suami suka memancing ikan, janganlah merungut dan marah-marah. dia pancing ikan bukan pancing orang, kan?

3. berteru…

mencampak diri ke dalam kebinasaan

KESIHATAN adalah nikmat paling berharga yang perlu dijaga. apa yang anda faham dengan istilah kesihatan? 
health is weath, kata omputih. yang membawa maksud orang yang sihat sebenarnya seorang yang kaya. iyalah kan, orang sihat boleh buat apa dia hendak. nak berlari, nak menari, nak melompat? sume boleh. 
tahukah anda bahawa kesihatan sangat berkait rapat dengan cara pemakanan anda? 
malangnya, ramai di antara kita sekarang tidak begitu peka terhadap aspek pemakanan. kebanyakan tidak memilih makanan. asalkan sedap, hmm....semua disapu bersih. balun! ini termasuklah memakan makanan segera, makanan bergula mahupun yang berlemak. katalah apapun, telinga sengaja buat-buat pekak. apabila sudah disahkan menghidap sesuatu penyakit barulah sedar diri dan mengakui bahawa kesihatan itu adalah harta yang amat bernilai.
Selepas sesuatu yang berharga sudah tiada, barulah seseorang itu menghargai nilaiannya.
Selepas diuji dengan kesakitan, baru kita berasa betapa beruntungnya nikmat yang dimiliki sebelu…

Melur Jasmine 3

Hari Jumaat. Suasana sudah agak sunyi. Maklumlah, sebaik loceng tamat sekolah berbunyi jam 12 tengah hari tadi, murid-murid lelaki semua sudah berpusu-pusu meninggalkan pekarangan sekolah. Tentulah tujuannya tidak lain melainkan untuk segera balik ke rumah, membersihkan diri dan bersedia untuk solat Jumaat.
Hari ini memang sangat mendamaikan. Malah, bukan hari ini sahaja tetapi sudah tiga hari suasana dalam kelas 5S1 tenang dan aman. Nak tahu kenapa? Tentu ramai yang sudah dapat meneka. Ya, semuanya kerana budak lelaki itu tidak ada. Badrul Aminudin Haziq sudah tiga hari menghilangkan diri daripada sekolah. Mungkin dia malu kerana kisah dia disebat rotan oleh cikgu Halil sudah diketahui umum.
Malu? Melur menguntum senyum. Dalam hati tertanya-tanya apakah si BADAQ itu seorang yang tahu malu. Bibir dijuihkan, sebagai lambang tidak percaya. Dia tahu dan dia amat yakin, Bad tidak ke sekolah hanya disebabkan oleh rasa malas. Argh, kenapa dia harus memikirkan tentang Badrul? Buat sakit hati …

ayah yang mabuk tikam anak sehingga mati

orang, kalau anak, disayangi. ditatang macam minyak yang penuh. sesekali kalau nak marah, wajiblah...itupun sekiranya anak itu memang betul-betul bersalah. takkan hendak dibiarkan dia larut dalam kesalahan, kan?

tapi, itulah... kalau dah meneguk air setan tu, anak dengan musuh pun dah tak kenal dah. nasihat dengan teguran pun dah tak boleh nak dibezakan. dan di kala itu, syaitan begitu gembira. kenapa? dia berjaya memperdaya lelaki mabuk itu sehingga dia membunuh anak lelakinya.

membunuh! hanya kerana anaknya marah dia mabuk dan bertelanjang di hadapan rumah! ya, kasihan si anak! kini dia sudah tak ada lagi dalam dunia. dia mati akibat ditikam oleh bapanya.

kini, si bapa itu sedang melarikan diri. aku harap dia akan segera ditemui polis. agar hukuman setimpal dapat dikenakan terhadapnya.

kalau kita berada di tempat si isteri dan ibu yang malang itu, dapatkah kita menyelami perasaannya?

sumber: metro

12 april menjadi penentu

siapakah menyangka sebuah perkahwinan akan berakhir dengan tragis, kan? isteri mati dibunuh dan yang dituduh bukan orang lain, suaminya sendiri juga. 
kita menanti dengan debar keputusan mahkamah yang akan memutuskan sama ada mohafri mohamed 39, bekas pengurus katering bersalah atau tidak, pada 12 april nanti. 


mohafri didakwa membunuh isterinya, Fazlina Ahmad, 39, di rumah mereka di No 70, Jalan Pinggiran 2, Taman Pinggiran Ukay, Ampang, antara jam 5 pagi dan 10.30 pagi, 30 Disember 2009. mayat isteri ditemui berbungkus selimut dan disumbat dalam almari.

Hakim Datuk Mohtarudin Baki menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah pihak pendakwaan dan pembelaan pada akhir kes pendakwaan, semalam.
Tertuduh yang diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.
Mayat Fazlina, ibu dua anak itu ditemui dibaluti selimut tebal dan diletak di bahagian bawah almari pakaian manakala hidung dan mulutnya ditekup mengg…

dok selak kain orang, takut kain sendiri lucut..fuyoo, dapat tengok free show!

aku tertarik dengan tulisan dr maza.

tentang apa? owh, isu hangat politik malaysia. apa lagi? kes video seks tu laa...


KUALA LUMPUR, 27 Mac — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mahu semua pihak tidak kira ideologi politik agar menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan “kebencian rakyat” terhadap “politik lucah dan kotor.”
Katanya, semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek dalam kalangan politikus dan media di negara ini.
Tokoh agama muda ini memberikan pendirian tegas ini ketika negara berhadapan dengan skandal pendedahan rakaman video seks, didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR) melanggan pelacur asing di sebuah hotel di ibu negara akhir bulan lalu.
Rakaman itu didedahkan oleh tiga “Datuk T” kepada wakil media Isnin lalu dan kemudian kepada beberapa pemimpin politik.


“Kita menentang politik lucah dan politik selak kain,” kata Asri dalam satu kenyataan hari ini.

machonya profile picture dia.... tergugat seyyhhh....

di facebook sekarang, aku sudah jadi seorang yang sangat hati-hati. bila nak confirm friend, aku mesti pastikan yang dia, aku kenal. kalau aku x kenal dia, aku mesti nak tengok profilenya. kalau rasa x brp nak berkenan, aku x akan add.

bukan sombong, okey. tidak! just to be cautious. maklum, sekarang ni banyak sangat kes penipuan. entahlah, nak berkawan pun kena menipu ke?

aku suka kawan. aku suka chat jugak. tapi kekadang, ada entah siapa dari indialah, dari uk lah, chat merayu, cakap aku cantiklah, suka tengok gambarlah...eeeii, geli...macamlah aku ni tak sedar siapa diriku. tapi yang pelik, majoriti bukan orang kita. sume dari negara mana ntah.

mana tau? dioranglah cakap. ntah2 depa tu sume orang malaysia yang menyamar? mungkin jugak!

tapi, kan... bila aku fikirkan semula, semua inilah yang menjadi pendorong kepada retaknya hubungan suami isteri. iyalah, bila isteri berfb dan terpesona dipuji, dipuja oleh jejaka yang dalam gambar kemain macho, siapa tahan, kan? godaan! godaan! x is…

selepas spm, siapa tentukan hala tuju? mak ke bapak?

keputusan spm dah keluar. di sekolah, aku tengok rakan-rakan cikgu yang anaknya sudah mendapat keputusan masing-masing, agak sibuk menanyakan kaunselor apakah jurusan yang sesuai dengan keputusan yang dicapai oleh anak-anak mereka. rata-rata, ramai yang tidak berapa mahu anak mereka memasuki pusat-pusat matrikulasi. malah ramai yang seolah-olah berusaha hendak memaksa anak-anak mereka menjadi guru atau jururawat, yang sudah diwar-warkan ....akan ada kerja bila tamat menyambung belajar nanti.

dulu, ibubapa tidak memaksa kerana kebanyakannya bukan berpelajaran tinggi. mereka menyerahkan kepada anak-anak untuk memilih apa yang anak-anak mahu. namun, sekiranya boleh, tentu sahaja cikgu sebagai bidang wajib untuk diceburi.

"Senang jadi cikgu. balik sekerat hari, hujung minggu cuti!" itulah ayat yang selalu kita dengar.

di zaman serba maju ini, di mana kebanyakan ibu bapa adalah orang-orang yang berpelajaran tinggi, aku melihat budaya di mana, anak pula lepas tangan dan ibubapa y…

sembunyi widget di sidebar

kalau anda perasan, widget kat sidebar blog aku ni dah berasing-asing. jika anda menekan home@ luahan, widget yang akan kuar di sidebar ialah entri terkini, novel-novelku, cerpen, sejarah, kliklah, followers, novel2 nukilanku. yang lain-lain aku hide/sembunyi.

widget yang tersorok itu ialah kotak jerit, n3 best,  tak mungkin kuhindar dan cintamu cintaku satu.

tujuan?

nak ringankan blog so anda sume boleh loading cepat sikit. kaedah ni aku dapat drpd yahaya, teknikbuat blog. very helpful. thanx yaya.

cara? alah, anda google teknikbuat blog, sure dapat blog budak ni. hehe....

di internet ni ada ramai guru dengan berbagai-bagai tutorial. bagi anda yang suka blogging, tentu banyak pilihan best utk anda. aku pun suka juga ubahsuai blog. dan pasti akan ke blog-blog ciktom, nescafe ais dan yaya untuk panduan.

dugaan remaja hari ini lebih mencabar. iyakah?

percaya atau tidak cabaran dan dugaan menjadi remaja pada hari ini jauh lebih tegar berbanding  10, 20 atau 30 tahun dahulu.

dulu-dulu, apakah cabaran terbesar untuk kita? tv? radio? pusat membeli belah? games? komputer?

mana ada? sebab itulah agaknya masalah sosial tidak banyak terjadi pada waktu itu. bagaimanapun, bandingkanlah dugaan yang dihadapi masa kini. keluar rumah aje, anak2 kita dah tercabar dengan asap rokok kawan-kawannya. dengan internet yang memperkenalkan mereka kepada games, cerita-cerita di mangga. tak usah buka bab cerita lucah mahupun gambar lucah. tu belum lagi ke laman sembang yang mempertemukan kita dengan pelbagai jenis manusia.

sudah lumrah, yang baik lambat didengar, yang kurang baik cepat menghasut. di sini, ketebalan iman jadi pendinding. begitupun, timbul masalah baru. bagaimana hendak melindungi diri bila diri tidak dibekalkan dengan ilmu agama yang tebal, lengkap dan kukuh bagai konkrit? malah, yang sedia tebal imanpun ada juga yang hanyut. yang tersungk…

teman lelaki dibenci keluarga. gadis dalam dilema.

ingat lagi pada entri ini? cinta wanita dan kasih ibu? aku masukkan just after tengah malam semalam. darinya, aku dapat respon di bawah.... betapa teman lelaki tidak diterima keluarga dan si gadis kini di dalam dilema.
huhu.. tpikan ckgu sofi in case of kalo kluarga pompuan lak yg x bley trma laki tu cmne.. ape yg perlu pompuan tu buat.. kdg2 kta kena taat kat parents but dlm masa yg sma kita nk jgak crik kebhgiaan kta..cmne tu? tlg jwbkan.. hehe.. dlm dilema ni..aku bukan kaunselor, jauh sekali seorang yang pandai menasihati tetapi aku menulis berdasarkan pengalaman dan penglihatan. juga, pembacaan.

rata-rata anak gadis merasakan bahawa mereka dan ibu tidak sebegitu hebat hubungannya berbanding seorang lelaki dengan ibunya. memang benar seorang lelaki harus mengutamakan ibunya berbanding isteri. alqamah hampir akan dibakar (atas perintah rasulullah saw) hanya kerana melebihkan isteri dan melukakan hati ibunya. baca sini.

tapi, perempuan? jangan sekali-kali anda berfikir bahawa soal jo…

cinta wanita dan kasih ibu. mana lebih penting?

kalau andalah seorang lelaki, bercinta, namun wanita pilihan tidak disukai ibu anda, apakah anda akan meneruskan percintaan dengan gadis tersebut? anda akan teruskan perhubungan walaupun anda tahu hubungan itu tidak akan ke mana-mana kerana tanpa restu ibu anda, anda pasti tidak akan mengahwini si dia?

perkahwinan tanpa restu ibu dan ayah tidak akan bahagia. ramai yang mengatakan begitu. terutama jika yang menentang ialah keluarga sebelah lelaki. lagilah.... anak lelaki harus mengutamakan ibunya melebihi mana-mana perempuan lain di dalam dunia ini. sekuat manapun cintanya terhadap seorang gadis, kasih sayangnya tidak boleh mngatasi kasih sayangnya kepada ibu.

nabi, saw, pernah ditanya,
siapakah yang harus aku hormati, ya rasulullah...jawab nabi,
ibumu...... (3 kali disebut barulah nabi saw menyambung,
kemudian barulah ayahmu.percintaan memang indah. cinta ialah satu anugerah namun jangan sampai cinta itu melalaikan rasa tanggungjawab anda wahai lelaki, kepada ibu anda. isteri boleh bert…

lima artis wanita yang kerap membarisi carta selebriti paling cantik di Korea Selatan.

HEROIN drama Iris dan My Princess ini menjuarai hampir kebanyakan carta artis tercantik Korea atau setidak-tidaknya dalam kedudukan tiga teratas. Dia memperoleh undian tertinggi mengalahkan 23 artis lain yang disenaraikan untuk dipilih oleh pengarah dan produser drama serta program realiti dari stesen TV utama seperti KBS, MBC dan SBS pada 2007. Pada 2009, Tae-hee sekali lagi terpilih sebagai selebriti wanita paling cantik menerusi kaji selidik KBS melibatkan 15,222 responden.
Walaupun mencecah 31 tahun, pemegang ijazah Rekaan Fesyen dari Universiti Nasional Seoul ini masih mampu memegang watak pelajar universiti kerana wajahnya yang lebih muda daripada usia. Senyuman malunya menjadi antara keistimewaan kakak aktor Lee Wan ini. Tidak hairanlah dia menjadi wanita idaman pilihan ramai lelaki Korea termasuk aktor tampan, Song Seung Hun.

lakonan mantap artis jelita ini bersama aktor antarabangsa, Rain dalam Full House dinobatkan sebagai paling menambat hati para peminat cerita Korea terutam…

orang mabuk buat kacau

setiap yang ditegah agama, tentu ada sebabnya. yang pasti, tegahan itu untuk kebaikan umat manusia sejagat. 
arak? memang merupakan minuman yang dilarang umat islam meminumnya. mabuk selepas minum atau tidak, minum sikit atau minum banyak, bukan persoalan. haram tetap haram! jangan cuba-cuba! hanya mengundang kemurkaan Allah nanti. 
kenapa? tentulah Allah yang lebih mengetahui. tapi dari apa yang terluah dalam harian metro ini, aku yakin, anda pasti faham.  KUALA LUMPUR: Penduduk di Jalan Perhentian, Sentul, di sini, kurang senang dengan gelagat sekumpulan kaki botol yang berkelakuan tidak senonoh serta mengganggu ketenteraman awam selepas meminum arak di sebuah kedai di situ. perangai mereka bagaikan kanak-kanak kecil yang membuang air kecil di tepi jalan tanpa rasa malu selain mengacau orang awam yang lalu lalang di situ terutama wanita. orang kalau dah mabuk, kan? bukan dia sedar apa dia buat, betul tak?

seorang penduduk berkata,  “Selepas mabuk, mereka akan membuat bising seperti menya…

dsai ni gay ke tidak? sekadar bertanya, maaf ya, dsai...

amaran: baca sampai habis naaaa.... jangan baca sekerat-sekerat nanti salah faham, susah!

siapakah lelaki gay idaman malaya? siapakah lelaki gay paling popular? mungkinkah dia si dsai kita?

aku rasa, ya, kut. ini kerana, biarpun bilangan lelaki yang gilakan kaum sejenis ini semakin meningkat di malaysia, hanya dsai sahaja, satu-satunya, yang sering mendapat liputan meluas dalam akhbar-akhbar terutama akhbar arus perdana. hari-hari....sejak 1998 lagi...

punyalah teruk dan begitu beriya-iya hendak memberi bukti, tilam diangkat ke mahkamah. ingat lagi?

bila dia dah bebas, jadi pemimpin pembangkang lepas sorang-sorang kawan jadi lawan. banyak sungguh musuh si gay ni...

lepas tu dia terperangkap lagi, kes liwat lagi... masih berlangsung walau dah bertahun... hai... tapi, yang 'hebat' tu, selera dsai ni tinggi la... at the age nak jangkau 70, dia kini rupa2 nya ada skandal dengan amoi pulak..... siap divideokan lagi! siap dipertontonkan!

punyalah datok T tu hendak 'menunjukkan k…

jangan tamak

di beijing china, seorang lelaki dah beli 6.5 tan garam dengan harapan akan untung bila garam itu dapat dia jual kepada masyarakat setempat yang dalam keadaan panik akibat radiasi yang debu radioaktifnya sedang memenuhi ruang angkasa....

guo beli garam itu dengan harga rm4000 dan kini garam itu memenuhi rumah kediamannya.


menurut khabar angin, kandungan iodin dalam garam boleh menghalang kesan radiasi menembusi tubuh dan sekaligus mengelak penyakit akibatnya. khabar angin itu meningkatkan harga bahan mentah itu kerana rakyat membeli dalam keadaan panik. namun kerajaan pulak kemudiannya segera menyedarkan rakyat bahawa mereka tidak terdedah kepada bahaya, so harga garam pun jatuh lah.....
orang tamak selalu rugi, kan?
sekarang ni, guo x boleh jual garam tu semula sebab dia x de resit masa beli dulu lepas tu pulak di china, apa yang dibuat itu ialah satu kesalahan, "menyorok barang". lebih malang lagi dia jugak x boleh bawak garam tu keluar daerah, itupun satu kesalahan di sana k…

berniaga di internet perlukan kejujuran.

Sesuai dengan perubahan gaya hidup yang semakin sibuk, kaedah membeli secara online (dalam talian) kini semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Di negara maju seperti Amerika atau Britain, pembelian melalui Internet sudah lama diamalkan. Walaupun kaedah berkenaan semakin mendapat perhatian masyarakat di negara ini, ia belum begitu rancak walaupun sudah menunjukkan tanda positif apabila wanita yang mempunyai kuasa beli yang tinggi semakin mengenali kaedah pembelian secara maya itu.
bagi aku, jika hendak berniaga di internet, seseorang peniaga itu perlu jujur. ini kerana, kebiasaannya, peniaga akan mendapat wang dahulu daripada pembeli, sebelum dia poskan barangan yang dibeli itu. mengapa ada yang sudi membeli? ini kerana, melalui Internet, kita mencari barangan yang bermutu pada harga berpatutan, harag yang lebih murah di samping berpeluang mendapatkan model barangan berjenama yang tidak dijual di negara ini.
tapi, kerana hendak cepat kaya, ada penjual yang sanggup menipu pembeli. le…

sarapan pagi - menghilangkan lesu sepanjang hari?

assalamualaikum, anda dah sarapan pagi ini? hmm, makan apa tu? bijirin aje? nesvita dengan milo panas? wow!


anda tau tak bahawa sarapan yang baik membolehkan anda dapat tenaga segera untuk sel-sel otak anda berfungsi pada waktu pagi? sarapan juga mengelakkan tubuh menjadi lesu.

apakah sarapan yang baik, ya?

contoh kombinasi sarapan yang berkhasiat ialah telur rebus, sebiji buah oren dan semangkuk bijirin. atau susu rendah lemak diminum dengan sekeping roti penuh bijirin yang disapu mentega kacang, potongan lobak merah juga yogurt.  dalam kata lain, sarapan yang kaya protein dan serat. dan percayalah, sarapan pagi yang disediakan sendiri lebih berkhasiat berbanding membelinya.

Khasiat daripada sarapan telah terbukti memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan minda dan sahsiah manusia terutama bagi kanak-kanak. Satu daripada kajian yang menyentuh isu tersebut ialah Relationship Between Hunger and Psychosocial Functioning in Low-Income American Children yang disiar dalam Jour…

nasib malang yang ditempah?

perkenalan melalui laman sosial seperti facebook dan twitter, blog, hi5 dan lain-lain, tidak pernah berjumpa namun kebiasaannya, amat mudah untuk orang perempuan jatuh cinta, hanya dengan membaca tulisan dan senda gurau yang terluah di sana. begitu pandai si lelaki bermain kata. mencurah rasa, mengungkap cinta sehingga hati wanita yang layu  jadi segar, mekar dan dalam hati dipenuhi taman-taman cinta indah mewangi. tak jumpa, tak kenal maka tak cinta. itu sepatutnya namun mengapa, terjatuh cinta juga? mengapa melonjak-lonjak ingin bersua bila si dia sudi bersemuka?

yang aku lebih tak faham ialah mengapa selepas hanya 1, ya...SATU... pertemuan, maka semuanya dikorbankan? siapa yang terjerat?

wang ringgit boleh dicari tapi maruah? harga diri? ke mana dicampakkan?

anda ingin tahu tentang apa yang aku bicarakan? masuk sinidan bacalah...

NAK BUAT LOJI NUKLEAR DI MALAYSIA? BETULKAH?

Daripada enam reaktor aktif yang ada, Jepun menaikkan skala lima, lagi dua peringkat untuk menyamai tragedi Chernobyl di Ukraine pada 1986. Ia berpunca daripada kebimbangan atas faktor reaktor di bangunan 1, 2 dan 3 Fukushima Daiichi selepas kegagalan menyejukkannya. Tahap radiasi lebih tinggi daripada normal juga dicatat di beberapa tempat sejauh 30 kilometer dari lokasi loji berkenaan.

Reaktor Fukushima Daiichi terus menghantui kerana radiasi dikhuatiri sampai kepada penduduk di barat laut Amerika Syarikat dan Kanada. Fukushima Daiichi yang dibina pada 1971 adalah satu daripada 15 stesen nuklear terbesar di dunia yang menyalurkan tenaga elektrik kira-kira 29,891 GWh kepada penduduk Jepun. 
Tahukah anda kerajaan bercadang membina loji nuklear di negara kita, Malaysia tercinta ini? Kos pembinaan loji jana kuasa nuklear berkapasiti 1,000 megawatt untuk menghasilkan tenaga elektrik yang dijangka beroperasi pada 2021 dianggarkan mencecah antara RM8.25 bilion hingga RM12.8 bilion. 
Se…

mengapa isteri bosan di ranjang?

perkahwinan menjadi hambar bila semakin berusia. tu yang ada suami sanggup makan luar. tu juga jadi penyebab isteri menemui cinta baru.

mengapa hambar?

perasaan indah ketika bersama hilang entah ke mana. debaran tiada lagi setiap kali mata bertentangan. iyalah...nak berdebar apanya, kan? dah kenal luar dalam, kan? and, yang paling nyata aktiviti 'bersama' menjadi ....... kurang umphh?

seks dalam rumahtangga merupakan bahagian penting selain berkomunikasi sesama pasangan. ia dapat mengeratkan hubungan suami isteri kerana kemesraan bermula di ranjang.

cuba ingatkan debaran malam pertama anda? bukankah keistimewaannya melekat sampai kini dalam kotak memori? mengapa? tentulah jawapannya kerana malam itu ialah malam pertama untuk semuanya... kan? tapi keindahan itu akan mudah dilupakan jika tidak dibajai, tidak diambil berat.

ada beberapa sebab mengapa kita, kaum hawa yang bergelar isteri ni mudah bosan di ranjang. bacalah, moga2 rumah tangga kita tidak begitu.
1. tindakan mudah di…

bila tucin nak jadi cam o..ang.. hehe

amboi, santainya dia??
wah....pandai pulak jaga simetri ekornya....
yes, tengok kamera nihh...
laaa...ngantuk dan tido duduk lak...
ini memang sebijik ikut aksi tuan dia kut..bukan main dia ya....
letih...letih...zzzzz
inilah antara aksi-aksi kucing yang sedang meniru gaya manusia duduk.  imej2 ini sedang popular di google sekarang. thanx to google pictures.

jom makan sayur, jom!!!

harga ayam naik melambung-lambung. hai....ayam pulak, baik daging atau telurnya, memang kesukaan anak-anak jadi tentu keadaan yang sedang melanda negara sekarang membuat ibu bapa susah hati.

gaji tak naik-naik tapi... harga barang melonjak-lonjak...bukan sekali malah berkali-kali. malah, jika tidak dibenarkan naik harga, barang-barang itu akan disorok! fuhh.....

dalam metro, kita diajak oleh fomca untuk makan sayur. (macamlah selama ni kita x makan, ya? hehe) tapi janganlah juihkan bibir tu, okey. tujuan fomca ialah;
untuk mengurangkan pengambilan ayam dan menggantikan dengan makanan lain seperti daging atau ikan bagi membantu menurunkan harga ayam di pasaran.bagus jugak idea tu. biar diorang tahu yang kita, masih ada pilihan makanan lain yang lebih banyak selain ayam. kalau kurang permintaan, barulah agaknya diorang tu sedar akan kuasa kita sebagai pembeli, kan?
“Ibu bapa seharusnya mengajar anak-anak mengimbangi pola pemakanan harian dengan mengambil lebih sayur-sayuran dan ikan bagi …

antara destinasi tercantik dalam dunia

FRUST MENUNGGING...

pernah dengar orang cakap macam tu? tentulah, kan... itulah yang sering jadi rujukan bila melihat seseorang yang baru putus cinta, iya tak?
si polan tu baru clash dengan si anu. tu yang serabut aje nampaknya. tengah frust menungging tu!begitulah lebih kurang yang diperkatakan ramai bila memandang anda yang baru putus cinta. bibir terjuih-juih tanda meluat tengok anda.
alah, macam dunia ni nak kiamat? kenapa? dah tak ada perempuan/lelaki lain dah ke dalam dunia ni?bagi yang tidak dapat menyelami isi hati anda, tentu mereka tidak faham mengapa anda harus frust menungging. namun sesungguhnya, mengapa mesti terlalu sedih sehingga x lalu makan, x lena tidur, x boleh nak tumpukan perhatian terhadap kerja bila anda ditinggal kekasih?
bunga bukan sekuntum, kumbang tidak seekor.andai cinta anda dan dia berkubur, perlukah anda juga mati? andai dia menemui teman baru, salahkah anda jika mencuba berkawan dengan insan lain?

ajarlah diri supaya menerima ketentuan ilahi.
“Cintailah sesuatu itu sekadar s…

kasih ibu

seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang tertulis sesuatu. Si ibu segera mengesat tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu. Tolong pergi kedai RM 4.00
Tolong jaga adik RM 4.00
Tolong buang sampah RM 1.00
Tolong kemas bilik RM 2.00
Tolong siram bunga RM 3.00
Tolong sapu sampah RM 3.00
Jumlah RM 17.00Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar dimindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis dibelakang kertas yang sama. Kos mengandungkannya selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos airmata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMAAirmata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memelukny…

cintamu cintaku satu

kegembiraan seorang penulis tentunya bila novelnya bakal terbit. bahagia sungguh rasanya saat itu. aku x terkecuali.

menanti fajar pakeer menilai dan bersetuju menerbitkan ccs, memang mendebarkan. tak sabar menunggu reaksi kawan-kawan. suka atau sebaliknya.

actually aku risau juga kerana persaingan tentunya sengit. maklum bulan april ini banyak novel best kuar. antaranya dari kengkawan p2u tentulah yang dinantikan, maid dan pilihan mama dari kaki novel... uwaaa..... tu belum lagi syamnurieszmil punya, terlanjur mencintaimu...

tapi.....

aku serahkan pada allah...rezekinya luas, kan?

kepada zue epy, sinopsis yang anda tulis telah terpilih menghiasi kulit novel cintamu cintaku satu. jadi.. ini ada surprise untuk anda yang pernah kak sofi janjikan dulu.

zue epy....


tolong hantar alamat penuh yang lengkap, ya... kak sofi hadiahkan novel cintamu cintaku satu percuma untuk anda. jangan lupa..... 

Taufik Azhari Nurul Hana..lelah  aku mengejar  bayangmu..pandang pertama membuat aku nanar mencari …

KULIT NOVEL CINTAMU CINTAKU SATU

kepada semua yang setia menanti novel keduaku,  ini aku lampirkan kulit novel  CINTAMU CINTAKU SATU.
sinopsis di belakang buku akan di muatkan bila fp masukkannya nanti.
harap anda suka.
sofi.

tips mengurangkan sakit senggugut (PMS)

petang tadi aku dapat panggilan anak di johor, mengadu sakit perut, apa lagi kalau bukan senggugut. senggugutnya menyerang setiap bulan, tak cuti langsung. hai....

Penyakit senggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (sekitar 80 peratus) menjadi pengidapnya.

mengenangi anak, aku carilah tentang PMS ni kat internet. so aku dapat tips ni tadi. saja nak share dengan anda sebab aku tahu, kat luar sana ramai yang mengalami PMS dan sering kesakitan. tapi kena fahamlah, ya.... ni tips bukan untuk atasi sakit senggugut. kalau anda amalkanpun, PMS mungkin tak hilang sepenuhnya tetapi insyaallah, dapat membantu anda mengurangkannya.

cubalah kesemua tips yang diberi di bawah ini, okey!
Berlari atau berjalan laju. perempuan yang kurang bersenam mungkin mengalami sakit senggugut yang teruk. jadi, semasa anda sakit tu, pergilah ke taman dan berlari atau berjalan cepat-cepat.…

bala dan musibah dalam dunia hari ini... kerana ingkarnya manusia?

assalamualaikum....
bermula dengan krisis di sudan, pemimpin-pemimpin dunia arab lepas sorang, sorang menghadapi kebangkitan rakyat mereka. pergolakan di mesir menyebabkan dunia gempar seketika. rakyat negara asing dipanggil pulang termasuk para pelajar malaysia. alhamdulillah, mereka kemudian boleh kembali meneruskan pengajian kerana hosni mubarak memenuhi tuntutan rakyat yang mahu dia berundur. 
namun peristiwa itu bagai menggesa rakyat di negara arab lainnya untuk bangkit menolak kepimpinan mereka yang dirasakan sudah terlalu lama berada di tampuk pemerintahan. yaman masih bergolak. libya pula diserang oleh amerika menyebabkan dunia mengutuk serangan itu. 
pemimpin libya tetap keras. dari sejak muda sehingga kini, muammar ghadafi satu-satunya pemimpin arab yang tidak pernah akur dan tunduk kepada amerika mahupun sekutunya. sebab itu dia dibenci orang luar tetapi kini, dia juga sudah menjadi musuh dalam negaranya sendiri. sememangnya, bila seseorang sudah terlalu lama berada di tampuk …

betulkah ada video 18sx ni? nak tumpang tengok, boleh?

anda cuba baca artikel di bawah. aku petik daripada harian metro.  KUALA LUMPUR: Satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini. Bernama melaporkan, kumpulan diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini.satu lagi kes melibatkan perlakuan seks. entah mengapa, aku dapat membayangkan siapakah ahli politik yang dimaksudkan itu...okey, baca lagi: Kumpulan itu juga mendakwa memiliki seutas jam tangan, dikatakan milik ahli politik itu, yang didakwa diambil oleh wanita itu ketika mengadakan hubungan seks pada 21 Februari tahun ini. Anggota kumpulan itu berkata, mereka memutuskan untuk mendedahkan perkara itu sekarang kerana sudah tiba masanya untuk orang ramai mengetahui perkara sebenar mengenai ahli politik …

Melur Jasmine 2

“Aaaaa……”
Seluruh kelas terkejut mendengar tempikan suara yang amat kuat itu. Semua yang ada segera menoleh ke belakang. Ada yang tergelak-gelak bila melihat si dia yang baru saja mengeluarkan suara gegak gempita itu kini sedang terlentang akibat terjatuh. Wajahnya pula kelihatan pucat. Mengapa?
Cikgu Nora yang baru sahaja hendak duduk untuk menulis sesuatu di dalam buku rekod mengajarnya terus berdiri tegak. Kini dia sudah mula menggeleng-gelengkan kepala. Perlahan-lahan, langkah diatur untuk menuju ke bahagia belakang kelas 5S1, lebih tepat lagi, dia hendak ke meja budak lelaki yang terjatuh tadi. 


Sambil berdiri bercekak pinggang, Cikgu Nora merenung tajam. Marahnya dia kepada murid yang sememangnya banyak perangai itu. Hari ini, dia dah tak boleh nak kawal perasaan. Sakit hatinya bila pengajarannya terganggu.
“Kamu ni kenapa Badrul Aminudin Haziq? Asyik nak ganggu cikgu mengajar aje. Tak boleh ke jadi budak baik untuk sehari dan dengar? Susah sangat ke?” Cikgu Nora mula berleter. Tu …