apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

2.2.11

When there is an action, there is a reaction.

lama sungguh mereka ini dibicarakan. 7 tahun, beb! Uisy... mungkin sebab kesalahan mereka besar sangat kot. iyalah, kan... dua beradik  ini dituduh atas 4 perkara termasuk mendera dan mencabul bekas pembantu rumah mereka, seorang warga Indonesia. semalam, mereka disuruh membela diri di mahkamah. 

perbuatan mereka memang menjijikkan. ada ke patut mereka buat benda ni? masukkan biskut, pisang dan hujung botol dalam kemaluan mangsa, lapan tahun lalu? agaknya ni mesti gara-gara tengok video lucah...

Wong Chong Kin, 37, dan Wong Chong Ling, 35, disabitkan bersalah di akhir pendakwaan setelah Majistret Mohammad Ibrahim Mohammad Ghulam mendapati wujud kes prima facie terhadap mereka berdua.

Chong Lin bagaimanapun tidak hadir semalam kerana kurang sihat serta telah menyerahkan sijil cuti sakit kepada mahkamah.

Kedua-dua wanita itu dituduh secara berasingan mendatangkan cedera parah terhadap mangsa yang ketika kejadian berusia 18 tahun dalam dua kejadian di rumah No. 38, Jalan BS 5/17A, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan di sini pada November 2004

biasalah, yang bersalah pasti akan dihukum. cuma cepat atau lambat sahaja hukuman itu akan mereka terima. janganlah ingat anda akan terlepas. hukum karma, kan.... 
when there is an action, there is a reaction. 
sofi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.