apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

3.2.11

warna ros dan maknanya untuk anda

sebut saja bunga ros,, mmm, senyum wanita pasti meleret. selalunya, bila someone special bagi kat kita bunga ros, pasti... hati akan terdetik... he loves me! 

iya ke? ros lambang cinta? apakah ros merah hati yang diberi menyampaikan maksud serupa dengan ros warna putih? hehe... anda pun tak pasti apa jawapannya, betul tak? so, jom tengok apa maksud tiap warna ros yang diberi sang teruna kepada anda.....

1. ros  merah 
lambang cinta penuh romantis, 
yeahh... cinta sejati, 
cinta yang suci murni dari hati...

2. ros kuning
lambang persahabatan, keriangan 
dan semoga sihat

warna kuning sering dikaitkan dengan matahari, menjadikan ros kuning sebagai lambang keceriaan jadi memang sesuailah, ros kuning menghantar maksud anda dihargai, disayangi (bukan dicintai, ya!) dan kalau sedang sakit, semoga anda cepat sembuh. 

3. ros pinky, samar
lambang sayang, terima kasih dan appresiasi, syukur

kalau dark pink maknanya dia memberitahu anda yang dia ucapkan terima kasih dan syukur atas sokongan anda padanya.
kalau pink lembut sikit, tu tanda dia secara lembut beritahu anda yang dia admire kat anda atau mungkin ada rasa simpati?

4. mawar putih (dah mawar pulak dah..)
lambang suci, bersih, tiada noda, simpati, rohani  
juga dikenali sebagai 'wedding flower', warna putih itu melambangkan penyatuan cinta. itu yang kita dapat lihat jika berlaku kematian, ros putih ditabur di pusara seolah-olah memberitahu si dia bahawa cintanya yang suci dibawa pergi.

5. ros oren?
Oren tu lambang berahi, ghairah dan bahagia

oren kan campuran merah dengan kuning? so ros oren adalah penghubung antara persahabatan dan cinta. ros oren boleh menjadi tanda 'minatnya' pada anda, boleh juga sekadar menyatakan yang dia berbangga dengan anda.

mungkin ada yang tanya, kalau boyfriend I bagi campur-campur? tu, nanti aku google lain kali, okey...

so, tunggu 14 februari, ya. tengok ros warna apa yang anda terima. 

2 ulasan:

  1. kira suka ros biru..
    makna dia mystery..
    ;D

    BalasPadam
  2. @Miss Kirammm, tentu aje misteri... kak sofi suka yg hitam.. apa maknanya, ya?

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.