apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

14.2.11

video Porno dan kesannya ke atas Remaja

adui... tajuk tak boleh blah, kan? macam nak jawab soalan spm atau stpm bahasa melayu. hehe... okey, get serius...

tahukah anda yang tahun lalu, 2010, akhbar-akhbar di Indonesia menyiarkan bahawa Komisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) menerima laporan mengenai kes perkosa melibatkan 33 kanak-kanak. Ia dikatakan berpunca daripada pengaruh video porno penyanyi Ariel Peterpan yang ditonton.

tu dia! ulangkan dan highlight! 
pengaruh video porno penyanyi Ariel Peterpan yang ditonton.
so, apakah anda ingat dan fikir bahawa masalah berkaitan video porno dan seks di kalangan remaja masih perkara kecil? 

baca yang ni pulak....

Pada zaman dunia tanpa sempadan ini, peratusan remaja yang terbabit dalam seks bebas menurut satu kajian dianggarkan lebih 27 peratus. 

sikit ke banyak tu? banyak, wehh.... 

mengapa? mengapa 27%? 

kerana peluang dan ruang semakin terbuka termasuk mendapat bahan lucah di telefon bimbit dan Internet. penyebaran melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan muat turun yang boleh dibeli pada harga murah memberi pengaruh negatif kepada kanak-kanak dan remaja. 

contoh, penyebaran meluas rakaman video membabitkan kanak-kanak yang juga adik-beradik berumur antara 11 hingga 14 tahun yang sedang melakukan hubungan seks akhir tahun lalu membuktikan pengaruh filem porno mengundang masalah yang lebih besar di negara ini.

Kosmo! sebelum ini mendedahkan hasil satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2009 mendapati, 
60 peratus kes perzinaan berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah.
Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja UKM, Dr. Khaizil Ismail berkata, Kajian Remaja Berisiko Tinggi yang dijalankan selama enam bulan di pusat-pusat pemulihan akhlak di seluruh negara itu merangkumi kira-kira 600 responden yang berumur antara 15 dan 20 tahun.

Khaizil juga menyokong kenyataan bahawa kes buang bayi yang semakin banyak berpunca daripada menonton bahan lucah. 

aku harap, kita sebagai emak dan ayah, dapat mengawasi anak-anak kita. mula-mula....

1. tengok siapa kawan dia


kemudian 2. curi intai apa dibuatnya di cc (cyber cafe)


kemudian 3. jangan lupa yang terpenting... terapkanlah islam dalam hidup sehariannya. 

well, harap memberi manfaat bersama. 

sofi




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.