apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

1.2.11

Uisyy, tak malu sungguh!

Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.                                                 (al-Ahzab: 59) 
kenapa kita sebagai perempuan masih lagi lalai? bertudungpun ikut trend semasa. tak percaya? bacalah kesalahan-kesalahan yang kita lakukan ketika bertudung.

1. menganggap aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
2. kita memakai tudung tetapi ber`T-Shirt' berlengan pendek.
3. kita bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
4. kita bertudung tetapi baju kita sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah `menggoda'.
5. kita bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
6. kita bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
7. kita bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dada dari ditutupi kain tudung.
8. kita bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dada.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR."                                          (an-Nur: 31) 
Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

semoga kita sama-sama insaf.


sumber: sini

sofi.

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.