apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

2.2.11

TOLONG SELAMATKAN KAMI

RUMAH Negeri Sembilan di Kaherah ini adalah antara 
tempat kediaman pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir.

seorang pelajar jurusan pergigian di Universiti Al-Azhar, Tengku Nurfar'ain Qistina Tuan Kamarul Baharin, 21, antara mereka yang bernasib baik kerana sempat meninggalkan Mesir kelmarin namun dia ada pesanan daripada kawan-kawannya di sana. 
"Kawan-kawan saya pesan, kalau saya selamat balik, tolong selamatkan mereka pula," ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam.
Katanya, walaupun dia mempunyai wang di dalam bank, masalah yang dihadapi ramai orang di Mesir ialah semua urusniaga perbankan telah dihentikan.

di KL, Najib cakap kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara. 

“Beberapa langkah segera akan diambil untuk membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Mesir,” katanya kepada Bernama di sini malam tadi.
aku cukup geram dengar perkataan akan tu! negara2 lain dah 3, 4 hari mengangkut rakyat diorang balik, yang najib cakap...akan runding! grrr....

Antara langkah berkenaan ialah meminta kapal Bunga Mas 5, iaitu sebuah kapal serbaguna yang dikawal oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, untuk belayar ke Pelabuhan Adabiyah di selatan Kaherah bagi membawa keluar pelajar-pelajar berkenaan.
“Kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Adabiah pada 5 Februari. Ia dapat memuatkan kira-kira 500 pelajar kita,” katanya.
kita tunggu dan dan berharap sama-sama agar ketenangan najib ini memberi kesan baik kepada warga malaysia di mesir. ya, kita doakanlah mereka!

Najib juga berkata bahawa beliau sudah berunding dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman untuk meminta syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia untuk melakukan penerbangan khas ke Kaherah untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia.

“Mereka (MAS dan AirAsia) akan memaklumkan kepada saya esok (hari ini) mengenai kemungkinan menggunakan pesawat mereka untuk tugas itu,” katanya.

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.