Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

di DUBAI, mahkamah rayuan menjatuhkan hukuman penjara ke atas seorang imam yang memiliki gambar bogel disimpan dalam telefon bimbit BlackBe...

tok imam pun hanya manusia biasa...

By Februari 08, 2011


di DUBAI, mahkamah rayuan menjatuhkan hukuman penjara ke atas seorang imam yang memiliki gambar bogel disimpan dalam telefon bimbit BlackBerry. 

sebelum tu, pada disember 2010, mahkamah mensabitkan S M bersalah kerana menggoda wanita dan menggesa mereka untuk mengadakan hubungan seks dengannya menggunakan BlackBerry Messenger (BBM). 
  
Hakim Mahkamah Rayuan, Eisa Al Sharif menggugurkan hukuman setahun penjara dan membebaskan imam Mesir berusia 35 tahun itu daripada tuduhan pertama tetapi memenjarakan tertuduh selama sebulan kerana kesalahan memiliki bahan lucah. 

“Tertuduh menghantar gambar lucah dirinya kepada pegawai polis. Sebaik menahannya, kami merampas satu permainan seks yang dimilikinya,” kata saksi polis kepada pendakwa. 
– Agensi

macam aku kata, imam pun manusia biasa jugak. ada nafsu. tak boleh nak kata apa dah...

sofi



You Might Also Like

2 comments

  1. Memanglah Imam tu manusia biasa, tapi bukan ke sepatutnye bila bergelar PEMIMPIN lebih2 lagi bergelar Imam, ketahanan diri dan Iman tu kena lebih kukuh dari yang dipimpin@makmum...???

    Mudah2han dia insaf dan mereka2 yg beragama lain tak menilai kita hanya kerana perbuatan insan2 seperti ini...Aminnn...

    BalasPadam
  2. @AdiaLuze
    bila naksu lebih besar dari iman, itulah jadinya

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.