apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

25.2.11

tazkirah di pagi jumaat... terima kasih ustaz syaii

baru lepas hadir ceramah maulidurrasul di surau sekolah. menarik penyampaian ustaz yang juga seorang kaunselor. dalam melawak, dia menyampaikan maksud yang dalam. suka....

inti yang dapat aku simpulkan.... bertuah menjadi umat Nabi Muhamad saw. keistimewaan yang tidak diperolehi umat lain.

antaranya:


4 malaikat utama iaitu Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail berjanji kepada nabi saw bahawa akan buat yang berikut, dengan izin Allah kepada umat Nabi yang bersalawat ke atas nabi saw (Ingatlah...salawat sunat, buatlah semua yang wajib dulu seperti solat.. baru dapat keistimewaan ini...)

1. Jibrail akan sujud kepada Allah dan meminta keampunan dosa bagi setiap seorang umat nabi saw di padang mahsyar nanti

2. mikail akan membawa umat nabi melintas titian sirat dengan sangat laju

3. israfil akan memberi minum dari telaga kausar kerana di sana, di padang mahsyar, matahari hanya sejengkal
dengan kepala

4. Malaikat izrail berjanji akan mencabut nyawa umat nabi saw dengan lembut....

kata ustaz lagi...

ada banyak tanda-tanda yang boleh dilihat untuk anda tahu sama ada kematian seorang islam itu husnul khatimah (baik) atau tidak. 3 daripadanya ialah...

1. dahinya berpeluh
2. air mata meleleh di tubir mata
3. hidung kelihatan mancung

tanda kematian yang baik ini bolehlah dihebahkan tapi jika anda nampak yang  di bawah ini pula.... simpan dalam hati dan beristighfarlah...

1. ada dengkuran seperti anak unta disembelih

2. wajah kelihatan kelam walaupun hayatnya putih melepak

3. mulut berbuih...

wallahualam.....

sekadar berkongsi......

p/s: aku sibuk dengan cs sekarang ni...mungkin sehingga 1.3. 2011. buat apa? owhh.. proses terakhir editing, dan memasukkan yang perlu untuk novel keduaku itu. kepada kawan2 yg setia berkunjung.... maaf, n3 novel dan cerpen terpaksa aku tangguhkan dahulu....

salam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.