Langkau ke kandungan utama

suka baca kisah murid sekolah? boleh kita kongsi idea? hehe

sedang memikirkan untuk membuat satu kisah tentang murid-murid di sekolah. ingin menyelami hati dan perasaan pelbagai karektor mereka. apa agaknya yang ada dalam hati bila cikgu-cikgu berlainan watak masuk mengajar di dalam kelas.

sikap cikgu yang macam mana menjadi pilihan?

apakah mereka suka cikgu yang lembut dan tidak pernah marah?

apakah mereka lebih suka kepada cikgu yang asyik hendak marah dan terlalu tegas?

ataukah cikgu yang mengajar mereka bagaikan robot, tanpa perasaan?

hmm, seronok juga sesekali keluar daripada kepompong cinta...hehe...

Ulasan

  1. sk ckg yg mgjr satu prsatu, dia bg point, n then explain. Dr situ kt akn tulis n akn ingt…klu ckg yg bc bku teks j xbest la…nk2 sbjk mmbc mcm sjrh. :D... Lg 1, ckg yg mmpnyai komunikasi yg baik dgn pljr2… kt jd xtkut n xmalu nk tnya dia… :)...

    ckg yg lmbut sgt n xprnh mrh ni pn xbleh jgk…nti pljr xhormt dia…tgh mgajr pn pljr leh wat bsing…nti yg len2 xleh nk bljr…

    Dlu ad sorg ckg 2...bl xfhm, dia sruh tnya... Bl tnya, dia jwb, tp cam nk mrh2 j...last2 drop j sbjk 2... Msuk u, kna bljr basic sbjk 2....adehh.....
    Tp plik, cmne bljr kat u bleh fhm sdgkn ms kat sekolh dlu basic pn ssh nk fhm??? Err….

    klu cikgu yang mengajar bagaikan robot pn 1 mslh…ngantok ad, bosn ad, baik bc bku sndri… klas msti snyi sepi…hehehe…nk2 klu ckg tu garang. Lg sume tkut…buat j apa yg dia sruh… keje sekolh kompem siap wlupn pg2 2 dtg awl semata2 nk tiru kwn…heheheh…

    Couple2 mmg xde…duit blnja pn mak ayh bg, ad ht nk brcnta :D...(klu ad pn jd secret admire j kikikih…) tp yg pling best ms sekolh dlu, hbgn dgn kwn2 n ckg2 la…stiap knngan wlu pahit mcm mn skali pn, kt akn ingt…tu pd pndpt sy la(kira pglmn sndri jgk la... :D) sekian…
    Erkk…trlebih pjg plk… :D

    BalasPadam
  2. cikgu yang mendidik, bkn mengajar

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…