apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

6.2.11

Seronok Jadi si Pisau Cukur! Duit masyuk!!


menyentuh soal duit, soal cantik dan soal hidup penuh kemewahan, tidak dapat tidak pasti berkait rapat dengan perempuan. 

berapa ramaikah di kalangan kita, perempuan yang sanggup hidup susah? 
x ada, kan? 

berapa ramai pulak yang sanggup pakai baju yang sama aje pergi kerja? setahun tak ganti? 
tak ada jugak. 

berapa ramai yang mengimpikan hidup mewah, naik lamborghini... rumah agam bertingkat-tingkat? 
hehe... semua orang teringin...

so, yang memang daripada keluarga kaya, tak payah cakap apalah, kan. ni...yang kita kita daripada keluarga sederhana ni? 

okey, cuba jawab soalan cepu gangsa ni.... tiru gaya abby sinar.fm pulak dah...

sanggup tak anda menjadi teman sosial untuk duit? alah... x faham soalan? teman sosial tu apa? makk..... teman sosial tu istilah lainnya ialah 'call girl', pelacur taraf tinggi, high class.... 


sanggup? hmm, janganlah marah bila aku tanya cam tu. aku tau anda yang membaca ni semua orang-orang baik dan wanita beriman.

malangnya, harian metro hari ini mendedahkan tentang watak 3 orang gadis yang sanggup lakukan apa sahaja demi duit dan kemewahan. ketiga-tiga mereka mengumpan lelaki hidung belang di facebook. hmm, facebook lagi. 

ada yang mengumpan dengan menunjukkan gambarnya yang seksi meksi sehingga lelaki tak tahan dan terliur lalu menghubungi dia. set masa, hmm... faham-faham ajelah. dah tu bukan sikit duit wanita ni dapat, main 5 angka, wehhh....

dulu, ramai yang terjebak dalam kancah pelacuran kerana terpaksa atau dijual. hari ini, gadis-gadis sendiri sanggup mengiklankan diri mereka. kalau dah tunjuk gambar yang menggiurkan, kucing mana nak tolak ikan, kan? buaya mana tolak bangkai? 

siapakah wanita-wanta berani ini? wanita terpelajar yang tidak mahu buang masa di pejabat. lambat kaya, kata mereka. kata mereka, kerja teman sosial ni, mudah aje. book hotel, tunggu lelaki tu datang, layan, lepas tu balik dan dalam sebulan, lebih banyak lelaki yang dilayan, lebih banyaklah duit yang dia dapat. tu dia.....

cetek akal, cetek fikiran, cetek iman..... bukan x ada pengetahuan agama, ada! cuma diri masih muda. orang muda x mati kot?

okey, baca sini untuk faham bebelanku. 

sofi

2 ulasan:

  1. org mcm ni cetek fikiran..xde maruah diri,,sedih tgk..hukhuk:(

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.