apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

1.2.11

sepi hati seorang isteri

terbabit dalam kemalangan jalanraya adalah sesuatu yang menyakitkan dan menyedihkan. lebih-lebih lagi jika orang tersayang mati di dalam kemalangan itu. 

bagi wanita, bercerai mati amat berbeza daripada bercerai hidup. bercerai mati terutama ketika hati masih berbunga cinta, tentulah amat memilukan. perpisahan buat selama-lama pasti akan mewujudkan rasa rindu yang bukan sedikit kepada yang sudah pergi. segala perbuatan, segala kata-kata akan menjadi kenangan. tidak mudah untuk dilupa. tidak mudah untuk dibuang dari ingatan.

kata orang, patah tumbuh, hilang berganti. namun....akan samakah yang baru dengan yang lama? kata orang, jangan dibanding-bandingkan, kerana yang baru ada keistimewaannya, yang lama ada kelebihannya tetapi... dapatkah kenangan lama dibiarkan berlalu begitu sahaja?

kalau anda seorang wanita, anda pasti memahami jalan cerita sedih ini.

sofi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.