apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

5.2.11

Senggugut: masalah wanita

anda pernah diserang senggugut? tak kira anak dara, atau sudah kahwin, sesetengah daripada kita diserang senggugut walau haid elok aje. senggugut yang teruk boleh sampai sakit-sakit badan, sakit kepala, muntah-muntah malah ada yang pitam. 

punca senggugut berbeza-beza. tapi ada juga yang disebabkan oleh endometriosis. tu yang ada di antara kita kena makan pain-killer tu.  malah, ada yang terpaksa mc, macam aku. 

untuk perempuan yang dah kahwin, ubat senggugut mudah aje. mengandung cepat-cepat. hehe... buat lawak pulak, ya? tapi ini yang benar, okey. hamil secepat mungkin dapat membantu anda hilang senggugut sekurang-kurangnya selama dua tahun. Kehamilan dan menyusukan bayi dapat mencegah ovari daripada aktif dan berlakunya haid. Ini dapat mengurangkan masalah senggugut. 

tapi, kalau masih rasa muda, x nak anak lagi, makan aje pil perancang. 

senggugut boleh menyebabkan mandul? entahlah.. tapi kalau yang baru menikah tu..relaks arr...belum rezeki. cuma yang dah lama kahwin..ha tu kena risau. mungkin ada kaitan dengan masalah kesuburan. tapi tak apa...

Bagi masalah kesuburan, biasanya doktor akan memberi masa sehingga 12 bulan bagi pasangan yang masih muda sebelum mereka diberi bantuan untuk hamil. Sekiranya masih sukar hamil dalam masa enam bulan lagi, jumpa doktor pakar untuk buat laparaskopi. 

Laparaskopi bertujuan untuk melihat keadaan saluran peranakan dan tengok punca-punca senggugut.

Info: Senggugut

Ada dua jenis iaitu senggugut:
1. primer 
2. sekunder. 

Senggugut primer berlaku sejak mula wanita itu didatangi haid dan memang susah dicari puncanya.

Senggugut sekunder pula biasanya mempunyai punca dan yang paling biasa disebabkan masalah endometrisis. Oleh kerana pertumbuhan dan perkembangan endometriosis bergantung kepada hormon estrogen yang dikeluarkan semasa haid maka ia akan terus membesar dan merebak. 

rujukan: sini

sofi

6 ulasan:

  1. @Adminnape tu? senggugut ke? hehe...

    BalasPadam
  2. syukur sy x de penyakit nih...

    BalasPadam
  3. lagi info tentang senggugut di SIHAT SELALU - FAQ Tentang Senggugut

    BalasPadam
  4. merawat sengugut, keputihan, kekuningan, kegatalan masalah kesuburan dan bermacam lagi masalah lain, sila layari http://www.availherbs-ctiebiz.com

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.