Langkau ke kandungan utama

sengatan tebuan boleh bunuh anak anda!

di kampung aku, seorang kanak-kanak lelaki berumur 7 tahun meninggal dunia kerana digigit tebuan kunyit. tengok gambar di bawah. amatinya! jangan tak kenal esok-esok, okey....

bahaya ke kalau kena gigit dengan tebuan ni? 

tebuan kunyit merupakan spesies yang boleh dianggap berbahaya jika kawasannya diganggu manusia dan hidupan liar lain. 

seperti tebuan tanah, tebuan kunyit ni sangat beracun. bila disengat, rasa sakittt sangat!! 

tebuan kunyit mudah dikenali pada warna kuning dan berbelang pada badannya dan ia boleh membesar sehingga lebih empat sentimeter (sm).
sengatan tebuan kunyit memang berbahaya. orang yang kena sengat perlu dapat rawatan segera, apa lagilah kalau kanak-kanak. ini disebabkan racun yang dilepaskan tu akan tinggalkan kesan seperti bengkak teruk. dah tu, badan akan jadi lemah.  kesan bengkaknya memedihkan. dan, kalau yang disengat itu di bahagian muka, maka ia memang serius dan mangsa perlu dibawa segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Jika terlambat, maut boleh terjadi.
tu, bukan aku yang cakap tapi seorang pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dari Bahagian Kawalan dan Gangguan Hidupan Liar, A. Morganasunderam.

meh kita dengar apa kata sorang doktor pakar pula. 

Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Kanak-kanak, Dr. Chin Wai Seong, berpendapat, sengatan tebuan pada seseorang manusia  sebenarnya tidak serius tapi, pastikan tindakan kecemasan pertama diambil.  

apa perlu dibuat?

1. letakkan ais atau air sejuk di tempat sengatan itu untuk membekukan tempat sengatan seterusnya menghalang racun itu merebak dalam tempoh tertentu

2. bawa mangsa ke klinik kesihatan berhampiran dalam masa dua jam untuk mengelak racun itu merebak ke anggota badan dan bercampur dalam darah

- Di klinik, mangsa akan diberi ubat sapu untuk bengkak dan mengurangkan gatal dan ia seharusnya memadai

3. bagi kes yang lebih serius, langkah rawatan kecemasan pertama di klinik atau hospital adalah pemeriksaan reaksi dan kesan serius alergi. Antara simptom yang diperiksa adalah keadaan mata yang bengkak, demam panas, gatal-gatal dan badan yang lemah.
“Sekiranya tanda-tanda itu dikenal pasti, doktor akan memeriksa tekanan darah, membuat ujian darah, memeriksa paru-paru dan sistem antibodinya sebelum bertindak memberi suntikan dan tindakan sewajarnya."
jadi, janganlah ambil mudah bila anak anda kena gigit binatang, serangga berbisa terutama kalau gigitan itu di bahagian muka. muka sangat hampir dengan otak, okey! ingatlah, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. 

sofi




Ulasan

  1. Info yang menarik. Sengatan tebuan juga boleh menyebabkan tindakbalas alahan dan anafilaksis iaitu tekanan darah menjadi rendah, sesak nafas, pening kepala, palpitasi dan koma. Oleh itu, bagi mereka yang disengat dengan banyak atau pernah mempunyai sejarah alahan seperti lelah, sebaik-baiknya dapatkan rawatan daripada doktor secepat mungkin.

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…