Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

1 “Johanna, itu bukan ke si Johan, tunang kau? Wah, bukan main mesra lagi? Isy...” Johanna menoleh ke arah yang dimuncungkan oleh bibir kaw...

selembut salju 1

By Februari 15, 2011

1
“Johanna, itu bukan ke si Johan, tunang kau? Wah, bukan main mesra lagi? Isy...”

Johanna menoleh ke arah yang dimuncungkan oleh bibir kawan baiknya, Liyana. Dia tersenyum, tak dapat nak tahan tengok betapa panjang bibir yang Liyana juihkan. Hisy, memanglah! Dasar penggosip. Tapi mata tetap jugak mencari kelibat Johan, tunangnya. Nak terkeluar jugak bijik mata tengok adegan mesra yang dilakonkan lelaki itu.

“Eh, Yana, tu bukan PA dia, si Nozi, ke?” Johanna bertanya sambil terus merenung.

“Iyalah... dialah tu! Eh, Jo, kau nak pergi serang diorang? Jomlah! Boleh aku jadi nasik tambah, kang!”

Johanna menoleh ke arah Liyana yang sangatlah teruja. Amboi-amboi, macam tunang dia pulak yang sedang beromen tu, bisik hatinya.

“Jo?”

Johanna tersengih. “Alah, tamolah. Kang, aku nak cakap apa kat depan Johan? Takkan nak menangis kot?” ujarnya selamba.

Liyana menggelengkan kepala. Dia memang dah jadi sebodoh-bodoh manusia sekarang. Memang ‘fail’ kuliah psikologi bila memikirkan kawannya yang sorang ni. Tak ada ke sikitpun rasa cemburu? Muka tu... macam tak beriak. Marah ke? Geram ke? Johanna tak tunjuk langsung!

“Eh, Jo? Bila doktor buat pembedahan keluarkan hati kau dari dalam badan kau tu, ha?” tanya dia keras.

“Alah, lama dah kot. Bukan kau ke yang asyik cakap, aku ni tak punya hati. Rasanya dah bertahun-tahun kau ulang ayat tu pada aku. Meaning, memang dah lama tak adanya. Kenapa?” balas Johanna, selamba lagi.

“Makk...mau jugak aku lepuk kepala budak sorang ni jap lagi! Hey... he is your fiancee. Kau akan kahwin dengan dia. Bukan lama lagi. Lagi sebulan aje! Tu, tunang kau tu, pilihan hati kau dengan restu mak bapak kau, tengah curang dengan kau. Takkanlah kau nak biarkan aje? Do something! Esok-esok kalau dah kahwin, susah!” dalam satu nafas sahaja Liyana memberi ceramah percuma. Ceramah yang diharap dapat membuat Johanna bertegas dengan Johan. Supaya Johanna tidak asyik mengalah.

“Tak kuasa aku. Biarkan aje dia nak buat apa, Yana. Lagipun, dia belum mutlak jadi hak aku. Kalau dah kahwin, lainlah. Ini baru bertunang aje, tak payahlah nak kecoh-kecoh!”

Liyana ternganga melihat Johanna. Semakin tidak faham bila gadis itu tersengih kepadanya.

“Okeylah! Okey! Jom!” Johanna sudahpun berdiri. Dia mengerling teman yang masih duduk. “Kau nak ikut ke tidak ni?” tanya dia kepada Liyana.

Liyana terus melompat. 

“Of course!” katanya dan terus mengekori Johanna yang kini sudah nekad mendekati Johan dan pasangannya.

Begitu ralit pasangan itu sehingga tidak menyedari Johanna dan Liyana yang sudah berdiri di tepi meja. Bila mendengar deheman, barulah memanggung kepala yang tadi rapat benar di antara ke dua-duanya. Yang pasti, Johan amat terkejut melihat tunangnya. Pucat! Toreh pipi tu, tentu tak ada darah punya. Si Nozi pun sama jugak. Terkedu kerana dia amat kenal dengan Johanna. Auww, rahsia sudah terbongkar!

“Jo? You buat apa kat sini? I tak nampak pun you tadi?” tanya Johan setelah suara boleh dilontarkan.

“Eleh, mana nak nampak? Asyik berkepit dengan makwe? Hisy... dah berapa lama dah buat kerja menipu ni, hah?”

Johanna menoleh ke wajah Liyana yang baru sahaja menuturkan kata. Dia tidak dapat menahan senyum. Sifatnya yang mudah ketawa tidak memungkinkan dia marah, walaupun sepatutnya dia sedang mengamuk sakan sekarang.

Liyana mencubit lengan sahabat baiknya. Geram kerana Johanna tidak serius. Di saat-saat beginipun masih mampu gelak. Memanglah, hati dah mati, ke? Grr....

“Sayang, I hantar you balik. Jom!”

Johan sudahpun bangun. Dia risau melihat keadaan Johanna. Diam dan tidak marah? Logikkah?

“Habis tu, I macam mana?” Nozi merengek. Tidak puas hati bila Johan seperti sudah melupakannya sedang tadi begitu manis janji meniti bibir.

“Tak apa. Johan akan hantar you balik, Nozi. I tadi datang naik kereta dengan Liyana. So, kami balik berdualah. Sebenarnya, Johan, I tadi cuma nak ucapkan pada you selamat petang aje. Yang you panik, kenapa? Alah, I dah lama tahu yang you tu the king of crocs, kan... I tak kisahlah apa you buat. Dan dengan siapa?  I dah faham perangai you. Tak payahlah you susah hati, okey! I balik dulu!”

Johanna sempat lagi tersenyum sebelum melangkah meninggalkan pasangan itu berdua. Dia tenang sahaja. Tapi, Johan? Gelabah tak boleh cakap. Mood romantis dah hilang. Terus saja memanggil pelayan dan bayar. Laju sahaja hendak meninggalkan ‘food court’ itu.

Di dalam kereta....

“Are you sure you are alright?”

Wah, cakap omputih pulak si Liyana.

Johanna ketawa sambil mengangguk.

“Sikitpun tak cemburu?”

Johanna menggelengkan kepalanya pula.

“Kenapa?”

Sekilas, Johanna menoleh ke arah Liyana. 

“Mestikah ada sebabnya?” balasnya yang sudah mula lemas dengan tubi-tubi soalan.

Liyana menoleh, lalu bertanya dengan lembut....

“Kerana Johan bukan Ikram, kan? Kan?”

Sebaik nama itu disebut, Johanna terus sahaja masuk ke ruang kecemasan. Tanpa mempedulikan keselamatan mereka, kereta diberhentikan. Dia kemudian berpaling sambil mengertap gigi...

“Please, jangan sebut lagi nama jantan tu depan aku, okey. Kau tahu, aku tahu, aku fobia nama tu!” marahnya.

“Hah, tengoklah! Bila sebut Ikram aje, bernyawalah kau! Meluap-luap api kemarahan. Tapi bila tunang sendiri buat hal, ke mana kau sembunyikan rasa marah kau tu? Ke mana? Cakaplah!”

“Kau ni pekak ke? Aku cakap, aku tak kisahlah! Suka hati Johanlah nak buat apa pun. Lantak dialah!”

Liyana bertambah geram.

“Tapi, kenapa? Aku nak tau sebab kenapa kau masih tak boleh lepaskan kenangan kau dengan Ikram dan menerima Johan. Aku nak tahu kenapa kau masih tak mampu nak sayang Johan. Ikram dah pergi, dah hilangkan diri dia. Takkan kau masih berharap dia balik pada kau?” soalnya garang.

Johanna kehilangan kata-kata. Mengharap? Ikram pergi tanpa berita. Mati? Kubur tak ada! Hilang? Mak bapaknya tak pernah buat laporan polis pun. Tapi, dia ditinggalkan, itu yang dia tahu. Ditinggalkan bersama rasa cinta yang belum mampu dialihkan kepada lelaki lain walaupun lelaki itu ialah Johan, tunangannya yang curang itu.

“Anggap Ikram dah mati, Jo. Kalau tidak, sampai bila-bilapun kau akan tetap macam gini. Jadi burung pungguk. Tiap malam, bulat bijik mata tunggu bulan keluar. Buatnya malam tu gerhana, bulan tak ada... ha...terjerit-jerit sedih. Buat manusia takut aje. Dah, jom balik. Dah maghrib ni! Jom!”
..............
selamat membaca...sofi
   

You Might Also Like

6 comments

  1. ala...
    jo...han sungguh ni

    BalasPadam
  2. hehehe...cool betul johanna
    takut nanti tetiba gunung berapi meletup lak....

    BalasPadam
  3. @MaY_LiNhehe... nak wat yg lucu sikit kali ni

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.