Follow Us @soratemplates

9.2.11

satria neo edisi terhad untuk anda

Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd. memperkenalkan Proton R3 Satria Neo untuk dijual dalam bilangan terhad. inilah dia...

Model R3 Satria Neo berharga RM79,797 (MT Metalik). boleh didapati melalui tempahan serta merta di semua bilik pameran Proton Edar di Semenanjung Malaysia dengan yuran tempahan RM2 ribu.

Ditawarkan dalam warna ekslusif "Fire Red" dengan bumbung bercat hitam, R3 Satria Neo mempunyai bentuk luaran yang berbeza daripada model-model sebelumnya.

R3 Satria Neo dilengkapi naik taraf Peringkat 2 kepada enjin standard 1.6 liter CAMPRO S4PH dan mempunyai brek kuasa kuda 145 pada 7,000 rpm dan kuasa terjahan 168 nM pada 5,000 rpm.

apa tunggu lagi orang-orang muda! book cepat! hehe...

sofi

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.