apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

14.2.11

samseng di klang kelahi...aiya!! ayoyo!! ke...adoiii....

teringat kisah sejarah di taiping bila dua kumpulan kongsi gelap china, ghe hin dan hai san (kalau tak silap nama tu) berebutkan tanah lombong di taiping. kisah lama...malah aku pun belum ada lagii....

apa dia kongsi gelap?

satu kumpulan dengan ketua dan konconya yang buat kerja gelap, tak pernah ikut undang-undang, semuanya bisnes haram dan si pengikut merupakan hamba yang taat sesangat kepada tuannya!

dulu, kalau di malaysia ni, rasanya... aktiviti kumpulan kongsi gelap tidaklah berleluasa. maksudnya, pandai makan, pandai simpan. tetapi sekarang, sudahlah aktiviti ini melarat kepada bangsa india dan melayu, budaya keras dan saling berbunuhan sudah menunjukkan taring. kesianlah kat polis, kan? tentu sahaja, menangani kumpulan kongsi gelap menjadi satu isu yang berat pada mereka. 

terkini, di kapar kelang, dua kumpulan kongsi gelap berkelahi dengan menggunakan senjata-senjata tajam dan ada yang terkena tembakan dari senjata api. kereta dinaiki terbakar. 7 yang cedera, ada yang parah. dan mereka sudah diberkas polis. 

apa yang hendak dibuktikan oleh samseng-samseng ini? suka sangat tengok darah ke? setia? hisy, tak kuasa! benci betul aku! 

susah sangat ke hendak jadi orang baik? 

isu berat ini di dalam sini. bacalah!

sofi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.