apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

15.2.11

sampai bila kak engku?

sedih baca kisah kak engku dengan bekas suaminya, adzmin. sedih sebab bagi aku, kisah perceraian mereka tidaklah seperti kisah perceraian artis-artis lain. sampai sekarang, tak siapa tahu apa sebab mereka berpisah, even wartawan. tidak ada gembar gembur tentangnya malah mungkinkah ada orang ketiga? pun aku tak tahu. anda?

bila kak engku dan adzmin jalan pegang tangan baru-baru ni, ramai yang berharap mereka berbaik semula iyalah, kan....daripada gaya kak engku bercakap, nampak macam dia masih sayangkan bekas suaminya itu. tentulah, kita hendakkan mereka berbaik, demi anak-anak.

malangnya, kak engku berkata bahawa semua itu hanya lakonan. rujuk sini.

dah baca? okey... kita selami semula... kak engku kata, mereka perlu berlakon begitu demi anak-anak. 

tang ni, aku rasa aku kena bangkang sikitlah. 

semua orang sayang anak, kak engku, tapi membohongi mereka, itu salah. 

anak-anak perlu dijelaskan perkara sebenar walaupun ia pahit. ada hikmah di sebalik sesuatu, itu janji Dia Yang Esa. jangan sampai anak-anak mendengarnya daripada kawan-kawan, atau orang lain. anda hanya akan menyeksa jiwa mereka. anda hanya akan membuat mereka memberontak nanti. 

berterus-teranglah..... 

anda akan berasa lega dan pasti anda sendiri akan mampu meneruskan kehidupan yang lebih harmoni tanpa mengharap kepada dia yang tidak mahu menoleh ke belakang. 

sofi doakan yang terbaik untuk anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.