apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

9.2.11

rampas kereta di lebuh raya


kita biasa dengar orang rampas kapal terbang tapi ini, di tol plaza rawang lain pula. kereta kena rampas! hai....

pukul 1 pagi, editor sukan utusan malaysia memandu kereta honda civicnya untuk balik ke rumah. berhampiran plaza tol rawang, keretanya dilanggar daripada belakang oleh sebuah kereta mitsubishi. bila berhenti, 4 lelaki keluar daripada kereta tu dan menyerang dia dengan meletakkan pisau di leher. dua orang kemudian rampas dan bawa pergi honda civic tu. dua orang lagi pecut dari situ dalam kereta mitsubishi mereka. 

banyak sungguh orang jahat sekarang ni. macam-macam yang diorang buat. rasa macam dah makin x selamat berada di bumi malaysia. kan?

sofi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.