apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

10.2.11

perompak yang sopan

di zaman yang serba-serbinya mahal di samping ramai yang dibuang kerja dan kadar pengangguran yang tinggi, tidak hairanlah jika seorang yang baik pun terpaksa menjadi perompak. 

keadaan ini diakui oleh seorang peniaga yang menyifatkan lelaki yang merompaknya sebagai seorang yang cukup bersopan. kejadian berlaku di seattle, amerika syarikat. 

mana tidaknya, sebaik sudah merompak dan mengambil kira-kira AS$300 (RM900), perompak itu berkata, dia terpaksa membayar bil dan membeli makanan untuk anaknya. Ketika meninggalkan kedai itu, perompak berkenaan berjanji akan membayar semula wang itu jika berjaya memperoleh pekerjaan. 

malangnya, hasil maklumat orang ramai, lelaki itu sudahpun berjaya diberkas polis. 

itulah, kadang-kadang kerana kesempitan hidup, manusia tidak lagi boleh berfikir yang mana baik dan yang mana tidak. terutama jika dilihat anak-anak menangis kelaparan. sebab itulah islam menganjurkan umatnya memberi zakat. untuk siapa? untuk golongan yang kesempitan inilah...

sofi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.