apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

1.2.11

permintaannya ditolak!

aku rasa, kan... salah satu kerja yang menjanjikan kemewahan ialah peguam. kenapa? ni buat aku senyum ni. 

senang aje jawapannya. sebab orang sekarang suka menyaman orang lain. tak boleh silap sikit, saman aje!

contoh? banyak, malas nak tulis. antaranya, artis A saman artis B. orang parti A saman orang parti B. cikgu kena lucut jawatan saman sekolah dan kerajaan. dan semalam, tuntutan saman jazimin ditolak mahkamah.

dah baca? kalau belum, klik sini.

aku rasa semua orang dapat menyelami kesedihannya. tapi bila timbul kes saman menyaman ni... rasa lain macam pulak. bagai kata hakim, yang putar belit cakap ialah kosmo...laporan x betul..dari kosmo, so saman kosmo ajelah! 


tapi, yang sudah tu, sudahlah. lupakan aje semua. kematian ialah iktibar. lembutkanlah hati untuk menjadi seorang pemaaf, itu lebih baik daripada terus menyaman dan menyaman. pemberita ni manusia biasa yang tak lepas dari buat silap. apa kata semua pihak berjumpa, dan kemudian mintak pemberita itu mohon maaf di dada akhbar, bukankah itu lebih baik?


sofi  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.