apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

2.2.11

Perempuan, janganlah bersendirian, okey!

anak-anak gadis memang tidak dibenarkan bersendrian. sama ada bermusafir atau ke mekah, atau ke mana-mana sahaja, sebaik-baiknya biarlah berteman, sekurang-kurangnya berdua. 

kita sudah dipesan begini. kita sudah diingatkan, di dalam al- Quran. di dalam sunah. kedegilan pasti mengundang padah. 

seorang pelajar universiti, perempuan, berumur 22 tahun, di KL, trauma. kenapa? sebab, masa dia joging pukul 7 pagi, tetiba dia diterkam daripada belakang oleh seorang lelaki tidak dikenali.
Selepas menutup mulut mangsa, suspek terus menolaknya ke dalam longkang sebelum merampas telefon bimbit gadis itu. Suspek kemudian membuka baju dan seluar mangsa sebelum memasukkan jarinya ke dalam kemaluan gadis itu. Suspek yang bagaikan dirasuk kemudian cuba memasukkan sebatang ranting untuk ditusuk ke kemaluan mangsa tetapi gagal selepas mangsa melawan sebelum dilepaskan.
mangsa yang mengalami luka di seluruh badan kemudian keluar dari longkang tersebut sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) oleh orang awam yang menemuinya.

dunia sekarang ni penuh dengan syaitan bertopeng manusia. jadi, berhati-hatilah!

sumber:kosmo


sofi

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.