apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

19.2.11

pengantin ditangkap sebelum menikah...

lelaki ini ditangkap kerana menghisap dadah pada 13.2.2011 yang lalu. semalam, ketika di mahkamah, dia merayu agar wang jamin RM2500 ke atasnya dikurangkan. mengapa? oh ya, kerana pada sebelah malamnya, dia akan menikah.

dah kahwinkah dia dengan kekasihnya? jadikah majlis pernikahan itu berlangsung? tak tahu pulak aku!

yang pasti, pada 9.3.2011, lelaki itu akan dibicarakan dan jika sabit kesalahan, dia akan dihukum membayar denda RM5 ribu atau penjara dua tahun.

wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.