Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

di tawau, sabah, sorang pekerja ladang Felda Kalabakan Utara 1 di sini maut sementara seorang rakannya cedera parah akibat dipanah petir sem...

panahan petir

By Februari 08, 2011

di tawau, sabah, sorang pekerja ladang Felda Kalabakan Utara 1 di sini maut sementara seorang rakannya cedera parah akibat dipanah petir semasa hujan di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah ACP Ibrahim Chin berkata hari ini yang maut dikenalpasti sebagai Alin Mohamad, 40, sementara rakannya itu dikenali sebagai Harun Kasmuri, 41. Kedua-duanya warga Indonesia.

Mangsa ditemui oleh rakan mereka pada kira-kira 6.30 ptg. 

Harun dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Tawau.

Polis percaya kedua-dua mangsa sedang berlindung di dalam pondok berbumbung zink selepas selesai bekerja bila mereka dipanah petir.

Mayat Alin dijumpai tertiarap di dalam pondok itu sementara mayat Harun di luar pondok. - Bernama
Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan. 
(Surah Ar Ra’ad :12-13)



You Might Also Like

0 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.