apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

8.2.11

orang sibuk berdemonstrasi, diorang sibuk kahwin, kihkihkih...


dalam gambar tu ialah dr ahmed zaafan dan pasangannya, ola abdel hamid yang memilih untuk bernikah dan bersanding di Dataran Tahrir, Kaherah kelmarin.

so, tentu sekali majlis perkahwinan mereka dihadiri ramai orang, kan? hehe... sejumlah lebih 300,000 orang semuanya, beb!! termasuk keluarga mereka dan para penunjuk perasaan.

kenapa dataran tahrir jadi pilihan? 
Saya berasa bimbang kerana ibu bapa saya mungkin tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan kami. Namun, saya berasa gembira kerana penduduk Mesir dan Arab menjadi saksi.
Dr. Ahmed berusia 29 tahun.

Ola pula cakap:
Saya amat gembira mengenai idea untuk mengadakan majlis perkahwinan di dataran ini yang menjadi saksi kelahiran semula negara kami.
tu dia... semangat ko! 

Pasangan tersebut menyatakan pemilihan dataran itu sebagai lokasi majlis perkahwinan adalah sebagai lambang keazaman mereka untuk memastikan tuntutan penunjuk perasaan dipenuhi.

Seorang aktivis penunjuk perasaan anti-Hosni berkata: 
Kedua-dua mereka memilih untuk melangsungkan perkahwinan di depan berjuta-juta penduduk Mesir yang memperjuangkan kebebasan. Semoga Tuhan memberkati perkahwinan mereka.

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.