Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

haruskah kita biarkan saja rakyat malaysia di mesir? tunggu sehingga dah kritikal baru nak bertindak? ataukah kerajaan berharap rusuhan rak...

Nasib pelajar kita di mesir. Jangan pandang ringan, Malaysia!

By Februari 01, 2011


haruskah kita biarkan saja rakyat malaysia di mesir? tunggu sehingga dah kritikal baru nak bertindak? ataukah kerajaan berharap rusuhan rakyat di sana tidak akan lama dan berpanjangan?

PUTRAJAYA 31 Jan. - Seramai 87 rakyat Malaysia yang mahu menaiki pesawat EgyptAir untuk pulang ke tanah air terkandas di negara itu sejak tiga hari lalu ekoran perintah berkurung yang dikeluarkan oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak. Perkara itu dimaklumkan oleh seorang penuntut, Nurul Nadiah Md. Zin kepada Utusan Malaysia, yang telah selamat pulang ke tanah air, kelmarin.

Menurut pelajar Universiti of Mansourah itu, keadaan tegang di negara bergolak tersebut dilihat semakin mencemaskan penuntut dan pelancong yang cuba menyelamatkan diri untuk pulang ke Malaysia dengan menggunakan pesawat EgyptAir.

Katanya, dia mengikuti perkembangan rakan-rakannya yang masih terperangkap di Mesir melalui telefon bimbit dan juga melalui blog Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita dari semasa ke semasa.
Egypt Air satu-satunya syarikat penerbangan yang dibenarkan membuat penerbangan terus pergi dan balik ke Malaysia. Jadi apabila kejadian tidak dijangka berlaku, kita menjadi mangsa keadaan, saya juga bimbang mengenai rakan yang didakwa terkena tembakan di kaki.
Kata Nurul Nadiah lagi, rakannya ada memberitahu mereka terpaksa menahan lapar apabila hampir kesemua kedai makan dan restoran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah ditutup.
Mereka berasa amat takut dan mahu segera pulang ke Malaysia kerana rusuhan semakin menjadi-jadi. Mereka juga cuba menaiki pesawat lain tetapi kebanyakan syarikat penerbangan antarabangsa itu lebih mengutamakan rakyat sendiri. Mereka amat berharap kerajaan Malaysia segera bertindak untuk membawa mereka pulang dengan selamat.
Menurut Nurul Nadiah, dia sebenarnya telah membeli tiket lebih awal untuk pulang bercuti sempena musim sejuk dan langsung tidak menjangkakan rusuhan buruk akan berlaku di sana.
Saya berasa amat terkejut apabila menonton berita mengenai rusuhan dan beribu-ribu banduan melarikan diri daripada penjara. Menurut rakan saya, perusuh di Mesir sedang menuju ke lapangan terbang, jika tempat itu berjaya ditawan keadaan akan menjadi lebih kritikal untuk rakyat kita keluar dari Mesir.
Tambahnya, rakyat Malaysia yang masih terkandas perlu segera diselamatkan dengan memindahkan mereka ke negara jiran seperti Jordan, Algeria dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum keadaan menjadi lebih buruk.


marilah kita sama-sama mendoakan anak-anak kita di sana agar selamat dan dilindungi Allah. anda boleh sentiasa update pengetahuan tentang ini di sini, ya.


sumber. utusan malaysia. 


sofi

You Might Also Like

2 comments

  1. assalammuailakum..
    saya ade kawan yang belajar di Mesir tapi di bawah swasta.... nasib amat baik kerana dikatakan semua pelajr swasta dpt pulang dahulu.. tp sy xterima lagi ape2 berita dr die krn lost contact.. semoga die selamat..
    pg ni, sy br dpt tahu dr kwn sy yg mempunyai kwn2 dibawah program tajaan.. mereka ditempatkan di sebuah bangunan dgn kawalan ketat sebelum dibenarkan pulang.. tp berita terkini xdpt diketahui krn terputus talian..talian telefon xdpt disambungkan.. semoga mrk selamat... amiin.

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.