Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

kesiannya nasha. aduh haii... ni yang rasa nak suruh kerajaan hantar balik semua warga indonesia ni.... KUALA LUMPUR - Model dan pelakon te...

nasha kena rompak. kesiannya dia!

By Februari 11, 2011

kesiannya nasha. aduh haii... ni yang rasa nak suruh kerajaan hantar balik semua warga indonesia ni....

KUALA LUMPUR - Model dan pelakon terkenal, Nasha Aziz mengalami detik cemas apabila dia disamun dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat di Jalan Persiaran Ampang Hilir di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 3.23 petang itu, artis berbadan tinggi lampai berusia 40 tahun itu kerugian sebanyak RM40,000 apabila wang tunai termasuk barang berharga miliknya dilarikan penjenayah dipercayai warga Indonesia.

Difahamkan, sebelum kejadian, Nasha memandu kenderaan Naza Ria dengan ditemani seorang rakan wanitanya dan berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.

Nasha dikatakan baru mengeluarkan sejumlah wang di sebuah bank tidak jauh dari lokasi dia disamun.

"Sebaik berhenti di persimpangan itu, dua lelaki yang menunggang motosikal Honda EX5 menghampiri kenderaan pelakon tersebut.

"Pembonceng motosikal itu kemudian memecahkan cermin kenderaan pelakon itu dan mengambil beg tangan yang diletakkan di riba Nasha," kata jurucakap polis ketika dihubungi Kosmo! semalam.

kenapalah... geram betul! sabar ya, nasha.....

sofi

You Might Also Like

0 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.