apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

2.2.11

n3 istimewa: khas kepada pemimpin, anda fikirkanlah!

wajah leila, isteri presiden tunisia yang digulingkan. 
sikap suka bermewah-mewahnya membawa padah.
kini dalam buangan.
salam.

apa yang sedang berlaku di mesir ketika ini membimbangkan masyarakat antarabangsa. huru-hara, demonstrasi yang disertai bukan sedikit manusia, menunjukkan kuasa rakyat.

yang pasti, siapa-siapa yang ada anak atau saudara mara di sana, tentu  tidak senang duduk. tentu tidak lena tidur. apatah lagi ada berita-berita menakutkan tentang anak gadis kita yang dirogol dan ada yang terpaksa tidur berteman parang/pisau di bawah bantal. 

syukurlah, kerajaan dah hantar pesawat TUDM ke sana. apapun cara, langkah membawa keluar rakyat malaysia seramai 11 ribu orang itu amat perlu. 

mengapa tetiba sahaja mesir jadi kalut begini? jawapannya.... kerana rakyat sudah letih, sudah jelak, sudah menyampah dengan pemimpin yang hanya tahu bercakap, hanya tahu menghabiskan duit rakyat sahaja tapi tidak ada apa-apa yang dibuat untuk mereka. 

bagaimana permulaannya? begini.... rakyat mesir mendapat semangat daripada apa yang berlalu di tunisia. anda tahu? tak? hmm, meh, aku beritahu!

presiden tunisia, aku panggil zine/ ben ali saja, ya. senang.... dia ni ada bini nama leila. asalnya orang susah tapi sebab dia tak sedar diri dan bangga sangat jadi bini presiden, lupa daratan! leila hidup sebijik macam imelda marcus. kenal imelda marcus? isteri presiden filipina, yang kini hidup dalam buangan. sikap mereka sama, rakus, habiskan duit yang banyak untuk baju, kasut dan lain-lain malah leila dan ben ali ada 50 kereta mewah!!

jurang hidup di tunisia dah macam kapitalis, yang miskin terhimpit melambak-lambak. semangat rakyat membuak dengan kemarahan bila pihak berkuasa dianggap menyebabkan kematian seorang pemuda baik yang berniaga tanpa lesen, kononnya. 

semua cerita boleh anda baca di sini. 


revolusi pasti tercetus bila rakyat sudah terlampau marah. di tunisia, di greece, di mesir atau di mana-mana..... sama sahaja. bila pemimpin terlalu memprovok rakyat dengan agenda peribadi dan politik mereka, maka.... natijahnya pasti akan diterima. 


mudah-mudahan Allah masih mahu melindungi Malaysia kita yang tercinta.


sofi

2 ulasan:

  1. baru je tgk documentary pasal revolusi kat Filipina dulu kat History Channel..

    :)

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.