apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

13.2.11

michele obama yang sederhana...suka, suka....

salah ke kalau dia pakai baju yang murah? lepas tu, baju tu dia beli kat kedai, bukan dia tempah. tak salah? habis tu, kenapa terperanjat satu amerika bila tengok dia kelmarin?

ni bukan baju tu...hiasan aje ni okey!
WASHINGTON:Michelle Obama, memeranjatkan dunia fesyen apabila hanya mengenakan gaun siap pakai berharga AS$34.95 (RM105) ke-tika ditemuramah televisyen kelmarin. 

Wanita pertama Amerika Syarikat itu membincangkan pelbagai isu dalam rancangan Today kelolaan Matt Lauer, tetapi berita besar bagi dunia fesyen hanyalah gaun hitam berbintik putih yang dipakai Michelle.

Gaun itu bukanlah hasil kerja pereka fesyen ternama tetapi pakaian siap pakai yang boleh dibeli di H&M, rangkaian kedai runcit fesyen dari Sweden.

Ia bukanlah kali pertama Michelle mengenakan pakaian siap pakai dari H&M. Pada 2008 ketika berkempen untuk suaminya, beliau membeli gaun berjalur dari H&M, memadankannya dengan tali pinggang hitam lebar ketika keluar berkempen bersama suaminya. 

Gaun terbaru yang dipakai Michelle boleh didapati di mana-mana cawangan H&M. – Agensi 

sofi: aku salut dia ni. kan elok macam gitu? taklah membazir, kan? badan dia cantik. dia pakai apapun okey! jatuh standard? standard ni kita tentukan? 

eh... korang nak dia jadi imelda marcos? atau lela, bini ben ali pemerintah tunisia yang dah digulingkan tu? atau macam...rm...hehe...suka hati andalah...
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.