apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

5.2.11

Mesir: arah tuju pembelajaran?


di temerloh, pahang, timbalan menteri pengajian tinggi cakap yang pelajar Malaysia hanya akan dibenarkan balik semula ke Mesir untuk sambung belajar jika keadaan di sana benar-benar pulih. yang pasti, bukan sekarang!
Ketika ini kerajaan sedang memantau setiap masa melalui kedutaan dan pegawai sebelum menghantar semula pelajar ke sana. Lagipun universiti di negara terbabit telah memberi cuti panjang tiga hingga enam bulan kepada pelajar berikutan pergolakan yang sedang berlaku.
kita harap, apa yang terjadi tidak akan mengganggu pelajaran anak-anak ini. mereka ini semuanya pandai-pandai, jadi... sambil mengharapkan agar situasi di mesir cepat pulih, kita juga kena fikirkan implikasi jangka panjang kepada pelajar-pelajar kedoktoran, pergigian dan lain-lain jurusan ini.  

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.