Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

KIM PEREZ dan suaminya, David.  David, jjutawan dari New York, Amerika Syarikat. Kim Perez, 43 berkenalan dengan David di laman cari jodoh ...

Menggoda jutawan

By Februari 03, 2011

KIM PEREZ dan suaminya, David. 
David, jjutawan dari New York, Amerika Syarikat.

Kim Perez, 43 berkenalan dengan David di laman cari jodoh Amerika-Britain. bila dia tahu siapa david ni, dia pun nekad untuk berkahwin dengan lelaki itu. siapakah david? Hmm, lelaki kacak dan kaya raya, wehh...

kim perez orang susah. dulu, masa umur dia 20 tahun, dia kahwin dengan sorang mekanik, dapat sorang anak, bercerai. jadi, dia x sanggup hidup susah dah. sebab tu, dia berusaha dengan cara dia yang tersendiri untuk menggoda lelaki jutawan bernama david itu. 

apa yang dibuatnya? tengok list di bawah, hehe...

1. dia meluangkan masa beberapa bulan untuk menukar penampilan diri agar kelihatan lebih kemas dan anggun malah, dia turut membayar £600 (RM2,959) bagi mempelajari pertuturan bahasa Inggeris yang lebih baik berbanding loghat bahasa pasar yang sering digunakannya ketika berbual.

2. dia sanggup dapatkan maklumat mengenai lokasi restoran yang menjadi tumpuan orang kaya dengan membaca majalah.

3. dia meminjam buku dari perpustakaan untuk membaca mengenai etika semasa makan dan peradaban diri.

nampak tak? dia x pakai susuk ke hape. tak ada ilmu hitam. tidak jugak dia menjatuhkan martabat wanita lain dalam merebut hati lelaki tu. dia berusaha gigih mempertingkatkan harga diri. dia pastikan dirinya punya 'self-esteem' yang tinggi. tu kelebihan dia. aku suka...

berita ni aku edit dari kosmo.

sofi

You Might Also Like

0 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.