apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

7.2.11

mengapa rakyat tolak mubarak?

RAKYAT Mesir melakukan demonstrasi bagi menuntut pemerintahan yang lebih adil kepada mereka.
tunjuk perasaan boleh kita lihat di mana-mana di kaca TV tapi mengapa pergolakan di mesir itu sangat istimewa?

1. kerana rakyat Mesir tanpa mengira agama bersatu menentang kekejaman kerajaan Hosni Mubarak. 

2. pergolakan ini bakal menentukan hala tuju perjuangan di Palestin kerana selama ini Mesir dilihat selalu bersekongkol dengan Rejim Zionis bagi menindas perjuangan rakyat Palestin.

3. Mesir juga begitu dekat di hati rakyat Malaysia kerana ada lebih 11,000 rakyat negara ini khususnya pelajar, yang menuntut pelbagai jurusan di sana. 

4. Hosni Mubarak yang memerintah Mesir lebih 30 tahun sudah tidak lagi diterima rakyat Mesir. Tawaran Mubarak untuk tidak bertanding pada pilihan raya akan datang dipandang sinis rakyat kerana mereka mahu Mubarak melepaskan jawatan serta-merta disebabkan kegagalan Mubarak mentadbir negara yang penuh rasuah dan penindasan itu. 

Hanya Israel yang berusaha mempertahankan Mubarak. Sudah tidak tersirat lagi, Israel mempunyai kepentingan besar dalam pentadbiran Mubarak. contoh:

1. ketika pemerintahan Mubarak, terowong penghantaran makanan ke Palestin diletupkan 
2. pintu masuk ke Rafah juga dibuka dalam waktu begitu terhad bertujuan menyukarkan rakyat Palestin menjalani kehidupan seharian mereka. 
3. Mubarak begitu angkuh ketika pemerintahannya, tiada nilai kemanusiaan diberikan kepada rakyat Palestin yang menagih simpati ke seluruh dunia. 
4. Mubarak menjadikan Gaza penjara terbesar di dunia. 

Sistem pemerintahan Mesir di bawah Mubarak tiada bezanya dengan kerajaan Tunisia sebelum ini. Mereka melakukan penindasan terhadap rakyat dan menipu dalam pilihan raya. rakyat yang tertekan mencapai tahap kemarahan paras maksima sekarang kerana bagi mereka pemerintah Mesir sekarang ibarat Firaun moden. Nama saja Islam tapi terlalu sekular.

Mungkin rakyat Mesir sedang menunggu detik 12.2.2011 untuk melakukan sesuatu kerana pada tarikh ini tahun 1949 dulu, ikon Ikhwanul Muslimin dibunuh oleh Kerajaan Mesir. Anak kelahiran Buhairah, Mesir yang menghafal al-Quran ketika berusia 12 tahun ditembak tujuh das ketika menunggu teksi untuk pulang dari pertemuan dengan seorang menteri yang tidak muncul pada saat dijanjikan. 

Perjuangan rakyat Mesir dilihat sebagai pemangkin kepada perjuangan menentang kezaliman di seluruh dunia. Dunia mesti mengambil iktibar daripada perjuangan melepaskan diri daripada kongkongan kezaliman dan penindasan. Situasi di Mesir mungkin berbeza dengan Malaysia, namun Malaysia terutama pemimpin, harus mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di negara itu.

rujuk sini

sofi



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.