apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

4.2.11

Mengapa mereka sanggup buang anak?


masa bercinta memang masa yang paling indah. kata janji bermain di bibir. sumpah setia sehidup semati dimetrai. malangnya, ada lidah biawak yang pandai bermain kata. gadis ditinggalkan setelah kemanisan dikecapi. 

terumbang ambing menempu hidup setelah ditinggalkan. semakin tak keruan bila doktor memberitahu bahawa dirinya hamil. waktu itu, dunia pasti gelap sama sekali. hendak mengadu kepada siapa? ayah? emak? alamat dibelangkunglah jawabnya!

perasaan takut, malu dan paniklah yang menjadi punca utama remaja dan wanita yang hamil luar nikah tergamak membuang atau membunuh bayi yang baru dilahirkan.

Pendaftar Besar Kanak-kanak Yang Memerlukan Perlindungan di Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Fatimah Zuraidah Salleh berkata, berdasarkan kajian dilakukan, remaja dan wanita terlanjur dan hamil tidak mampu mengadukan hal berkenaan kepada sesiapa, seperti keluarga sebelum bertindak sendiri.
“Keluarga dan sahabat sebenarnya memainkan peranan penting bagi menangani isu pembuangan bayi yang makin menular dalam masyarakat ketika ini. Ini kerana, wanita yang mengandung luar nikah tidak dapat berfikir dengan betul disebabkan perasaan takut dan sebagainya, justeru sokongan keluarga amatlah penting untuk menerima perkara ini sebelum memberikan nasihat,” katanya.

faktor lain yang turut dikenal pasti adalah khuatir dikenakan hukuman jika didapati mengandung luar nikah selain kurang didikan agama dan tidak dapat membezakan perkara buruk dan baik.

“Peranan institusi keluarga menjadi asas utama membentuk sebuah masyarakat yang lebih maju dan bertamadun perlukan perhatian,” katanya.

dipetik daripada metro

sofi

2 ulasan:

  1. @Azza Firzaitulah penangan cinta... boleh buat kita bahagia boleh juga memberi kesengsaraan seumur hidup..ewah, emo juga ni!!

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.