Langkau ke kandungan utama

Mati - pengakhiran yang pasti

Mati... kita diwajibkan mengingati mati. malah dalam sehari, malaikat izrail menjenguk kita berkali-kali. insaflah...insaflah... bertaubatlah... mungkin tu yang dia pesan pada kita....

kalau boleh, nak mati cara yang baik, nak mengucap sebelum pergi dan dapat melihat isteri/suami, anak, cucu di sekeliling sebelum menutup mata. tapi, semua tu hanya Allah yang tahu dan menentukan. 

kerana itu, bila aku baca kisah-kisah di bawah ini, hati aku jadi takut. dan sayu. risau, bimbang aku nanti juga begitu. nauzubillah.

mari baca dan hayati. semoga menjadi iktibar.
KES SATU
PADA 7 Disember 2009, keadaan di salah sebuah bilik penginapan berhampiran Lorong Haji Taib, di sini gempar akibat penemuan mayat seorang lelaki India berusia dalam lingkungan 50-an.
Orang ramai yang berada di situ terus melaporkan perkara tersebut kepada polis.
Hasil siasatan awal mendapati mangsa yang berasal dari utara tanah air dan beragama Islam itu disyaki penagih dadah serta merupakan salah seorang penghuni lorong gelap berhampiran.
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan didapati punca kematiannya adalah akibat penyakit paru-paru.
Pada masa yang sama, polis cuba menghubungi waris dan menyemak maklumat peribadinya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) namun tiada siapa pun mengenalinya.
Selepas tiga hari di bilik mayat tanpa tuntutan mana-mana pihak, hospital memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Akhirnya, mayat mangsa diuruskan oleh Jawi dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuala Lumpur-Karak.

KES DUA
SEPANJANG beberapa hari berada di wad HKL, tiada sesiapa pun yang datang melawat lelaki Melayu yang berusia 54 tahun ini.
Dia yang tidak mempunyai pengenalan diri terkini dimasukkan ke wad tersebut pada Mac 2010 akibat jangkitan kuman HIV.
Akhirnya dia menemui ajal di situ tanpa seorang pun waris di sisinya.
Pihak hospital terpaksa bekerjasama dengan polis untuk mencari waris atau kenalannya, namun semua usaha yang dilakukan gagal.
Seperti mangsa di dalam kes pertama, mayatnya terpaksa diserahkan kepada Jawi untuk diuruskan seterusnya dikebumikan dengan teratur.

KES TIGA
BERLAINAN pula kisah bagi mayat ini apabila disemak melalui rekod di JPN, langsung tidak terdapat cap cari yang sama atau maklumat diri.
Mayat lelaki tersebut ditemui terapung di sebuah taman tasik rekreasi di ibu kota pada 30 Disember 2008.
Setelah disiasat, lelaki tanpa identiti itu dipercayai warga asing yang masuk ke negara ini secara haram dan tidak mempunyai sebarang pengenalan diri lain.
Berdasarkan beberapa petunjuk seperti berkhatan dan tidak mempunyai sebarang tatoo atau tanda-tanda lain di badan, ia meyakinkan lagi yang lelaki ini beragama Islam.
Seperti prosedurnya, mayat itu diserahkan kepada Jawi untuk dikebumikan dengan cara Islam selepas tempoh tiga hari tanpa tuntutan waris di bilik mayat.

KES EMPAT
KES tuntutan mayat adakalanya memerlukan pengesahan yang benar-benar meyakinkan waris agar tidak timbul isu tidak diingini seperti ‘tersilap orang’.
Pasukan penyelamat menemui mayat lelaki ini, dipercayai mangsa lemas yang telah dua hari hilang dihanyut arus deras di sebatang sungai di Selangor.
Namun begitu, polis terpaksa menunggu keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) sebelum membenarkan mayat itu dituntut oleh keluarga memandangkan isteri mangsa gagal membuat pengecaman terhadap mayat.
Isteri mangsa tidak dapat mengecam mayat itu disebabkan ia telah reput dan kelihatan lebih muda daripada suaminya.
Dia tidak mahu menuntutnya dan hanya akan berbuat demikian selepas disahkan melalui ujian DNA.

KES LIMA
ANTARA kaedah digunakan untuk mencari waris mayat yang tidak dikenali ialah melalui hebahan di media.
Seperti yang pernah berlaku apabila mayat seorang lelaki berusia lingkungan 35 hingga 40 tahun ditemui berhampiran jambatan Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan Disember tahun lalu.
Dia ditemui tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, memakai seluar panjang jerut serta tidak berbaju.
Dipercayai lemas di sungai berkenaan dalam tempoh 48 jam sebelum mayatnya ditemui.
Hasil siasatan dan bedah siasat mendapati, tiada sebarang kecederaan ditemui dan tiada unsur jenayah boleh dikaitkan dengan kematian lelaki tersebut.
Hanya berdasarkan maklumat fizikalnya dengan ketinggian 159 sentimeter, berat badan 58 kilogram dan rambut berwarna hitam paras tengkok, polis membuat kenyataan di media agar waris tampil untuk membuat pengecaman.
Dalam laporan media tersebut dinyatakan ia akan diserahkan kepada pihak berkenaan bagi tujuan pengkebumian sekiranya tidak dituntut mana-mana pihak dan selepas semakan daftar orang hilang daerah selesai dijalankan.

aku tak mahu mati begini. sendirian. takuttt..... Tuhan, lindungi kami dari azabMu!!

sofi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…