Langkau ke kandungan utama

MASIHKAH CINTA? 14

Qistina memerhati pemandangan di sekelilingnya. Cantik, hijau dan sejuk pada pandangan mata. Mendamaikan dan memberi ketenangan di saat berdua-duaan dengan lelaki yang seorang ini. Lelaki yang sedang tekun menyisip minuman daripada gelas yang terletak di hadapannya, gelas yang berisi air epal hijau.

“Kenapa kita ke sini? Bukannya nak tengok orang main golf, kan? Atau awak nak ajak saya main golf ke?” tanya Qistina setelah sekian lama suasana bisu di antara mereka.

Luqman senyum. “Nak main golf dengan awak? Tak mahulah saya. Silap pukul, terpelanting kayu golf awak tu kena kepala saya ni. Terus mati dan tak sempat nak jadi raja sehari,” usiknya.

"Jadi, kita bukan nak main golf? Maksudnya, awak saja ajak saya untuk belanja makan la ni?" 

"Makan, sembang, luah rahsia hati... semuanya."

"Macam tu ya? Okey, nanti saya nak korek rahsia awak. Siapakah yang dah berjaya merubah awak. Yang berjaya sentuh hati awak. Boleh?" 

"Sure!"

Melihat rekah pada bibir dan mendengar suara garau itu kini, mengundang debar dalam hati Qistina. Tak sangka, lelaki yang langsung tak disukai dulu boleh menjadi teman berbual hari ini. 

Luqman berasa seronok melihat Qistina yang ceria. Yang ramah dengannya kini. Kalau dulu? 

"Inilah hikmah hidup. Saya tak pernah sangka yang saya akan berubah."

"Kenapa? Tak suka? Awak sepatutnya bersyukur, Luqman! Bukan senang nak jadi baik, tahu?" 

"Tahu! Terima kasih pada awak."

"Saya pulak? Saya tak buat apa-apalah."

Luqman geleng. "Salah tu! Awak banyak membantu. Dengan membantu arwah Meon, awak membantu saya juga. Terima kasih."

Qistina diam, mengalih pandang ke arah lain. Malas nak tengok Luqman. Takut pada bisikan hati yang dah pandai nak feeling. 

"Mak cik suruh saya kahwin dengan awak."

Qistina yang masih memandang ke lain menyahut. "Tak payah ikut kalau awak tak mahu."

Luqman senyum. "Kalau saya cakap, saya setuju?"

"Fikir dulu elok-elok. Saya ni janda."

"Sebenarnya saya yang risau. Saya bukan lelaki yang baik, Tina."

"Jadi, lupakan saja hasrat umi tu."

"Tapi, nak lepaskan awak pun saya tak sanggup juga."

Kali ini mereka saling memandang. Memang hati saling suka tapi banyak perkara perlu dibincangkan. Demi hati, agar tenang dan kemudian menerima kekurangan diri seadanya.

“Saya bukan lelaki terbaik untuk awak."

"Samalah. Saya pun bukan perempuan terbaik untuk awak."

"Tapi, saya perlukan awak. Awak pun perlukan saya. Kan?"

Qistina angguk. Tidak mahu menafikan isyarat hati. 

"Saya lahir tanpa belaian emak ayah dan membesar di rumah anak-anak yatim. Saya pentingkan diri. Saya tak pernah bergantung kepada orang lain. Sebab itu saya fikir saya tak perlukan sesiapa dalam hidup saya. Bila perbuatan saya awak tegur dengan sinis, saya rasa tercabar. Saya rasa awak tak berhak. Sebab itu saya cakap pada arwah yang saya nak rosakkan awak. Tapi, tengoklah apa yang terjadi? Saya yang kena balik!” kata Luqman sambil tergelak halus.  

Qistina turut menyengih. "Mengaku kalahlah ni, ya?" usiknya. 

“Tina, awak dan keluarga besar awak tu buat saya bahagia. Izinkan saya jadi ahli baru di dalamnya. Sebagai suami awak."

"Dah tanya orang tua saya, kan? Kalau dia orang setuju..."

"Memang setuju pun! Suruh kita kahwin cepat-cepat!"

Qistina tersenyum manis mendengar kata-kata Luqman itu. Kahwin kilat? Cepat-cepat? Tak ada masalah kut, fikirnya.

“Kita bercinta lepas kita kahwin, ya?" 

"Dengan satu syarat!"

Luqman angkat kening. Teruja nak tahu syarat Qistina.

"Awak mesti sayangkan Uwaisy. Mesti jadi babah dia!"

"Kacang aje tu!"

Wajah Qistina kini bukan main serius lagi. 

“Luqman, awak tahulah kan, yang janda macam saya sering saja mengundang fitnah bila ke mana-mana, sorang-sorang. Kalau kita kahwin, fitnah itu dapatlah saya elak. Lagi pun, Uwaisy perlukan seorang ayah. Awak baik dengan dia selama ini. Tak salah kan, kalau saya mahu lelaki baik ini mengambil tempat itu? Menjadi babah Uwaisy?” ujarnya perlahan.

”Dan, perkahwinan macam mana yang awak mahukan?” tanya Luqman tegas.

 Qistina melepaskan keluhan. Ya, dia tidak tahu apa yang harus dijawabnya. Dia tidak mahu melukakan. Dia tidak mahu menyakitkan hati lelaki ini. Namun, dia takut untuk mencuba. Dia takut dilukai kali kedua.

”Kenapa diam, Tina? Saya tanya awak ni. Perkahwinan macam mana yang awak inginkan?” Luqman mengulangi pertanyaan.

Qistina menghulurkan sekeping kertas kepada Luqman. Selepas merenung raut wajah itu sekilas, kertas itu Luqman angkat dan coretan tangan Qistina dibaca....

Usahlah mengharap
pada hati yang pernah terluka
kerana parut itu masih belum sembuh sepenuhnya

Usahlah meminta
pada hati yang pernah kecewa
kerana sakitnya masih terasa
masih menghiris

Aku tidak mahu berjanji
memberi seribu bintang kepadamu
memberi sejuta keindahan
yang sudah lama kuhumban jauh

Cuma....
Izinkan aku membina bahagia
Dalam naungan lindungan mesramu
Dalam teguh kukuh dahanmu
Untuk aku berpaut
Dan berteduh...

Andai...
Satu waktu cinta untukmu hadir
Aku berjanji
Hanya kau cintaku

Namun,
Andai kau temui cinta yang lain
Selain aku....
Reda aku melepaskanmu kepada dia
Kerana dia lebih berhak memiliki hatimu.

Qistina.     

Hati yang pernah terluka, memerlukan masa untuk sembuh. Namun, Luqman rela membalut luka itu. Cinta yang pernah mengetuk hati, telah pergi. Luqman rela menyerahkan cinta itu kembali. Jangan pernah kecewa. Jangan enggan mencuba. Cinta dan bahagia, pasti ada menunggu di hujung pertemuan. 

Mampukah menolak bila hati sudah lama dicuit rasa? Mampukah menolak harapan Qistina sedang dia tahu dalam hatinya, cinta telah lama terpendam hanya untuk wanita ini? Menjadi dahan tempat berpaut?

‘Qistina, cintaku ini hanya milikmu. Dengan cinta ini, akan aku lindungimu, kalau itu yang kau mahu. Malah... cinta ini akan kau balas satu hari nanti. insya allah, aku akan menunggu saat itu, kala kau yakin yang kau cintakan aku.'

“Umi kata apa lagi pada awak?” Qistina memecahkan kesunyian di antara mereka.

Luqman kembali tersengih. “Tak boleh bagitahu awak. Rahsia!” ujarnya.

Qistina menjuihkan bibir comelnya. “Tak apa! Nanti saya akan tahu juga.” 

“Sebenarnya, mak cik nak kita kahwin dalam tempoh sebulan ni. Dia paksa saya pergi ke kursus perkahwinan Hari Ahad depan.” 

“Sempat ke?”

“Aik, macam tak sabar nak kahwin dengan saya aje?” Luqman mengusik. Seronok bila wajah Qistina berubah rona.

“Tina, saya dah bersedia untuk menjadi suami awak dan menjadi babah Uwaisy. Kalau awak boleh melupakan kisah silam saya, melupakan siapa saya dan semua kekurangan saya dulu, saya tahu yang saya amat bertuah menjadikan awak isteri saya. Kita bina hidup baru bersama-sama. Saya bukan lelaki terbaik tetapi saya harap, awak tahu yang saya ialah Mifzal Luqman, bukan dia...

"Dia?"

"Lelaki yang kita jumpa hari tu?"

"Lupakan dia, Tina. Lepaskan semua kenangan awak dengan dia, kerana saya mahu awak hidup dalam nyata. Luka pasti akan sembuh, meski parut tetap ada. Parut itu akan jadi ingatan pada kita berdua, supaya kita tak mengulangi kesilapan yang sama. Parut itu akan menjadi tanda bahawa dalam manis hidup berumah tangga, akan ada masa sedih dan berduka.

“Dan,” Tina pula menyambung, “Parut ini akan hilang jika kita percaya segala takdir Allah itu benar dan apa sahaja yang kita alami itu, Dia Maha Mengetahui akan hikmah dan segala keistimewaan yang tersembunyi. Kan?”

Mereka saling berbalas senyum. Tanda hati merelakan ikatan yang bakal dimetrai. Semoga bahagia menjadi milik mereka namun apakah ini kesudahannya? Ataukah ombak besar bakal menghempas istana yang bakal mereka bina? Akan utuhkah janji? Akan tabahkah hati?

Tunggu...    

Ulasan

  1. alhamdunillah akhirnya cahaya hidayah sampai gak pada lukhman...

    kak nk lagi... tak cukup ni..

    BalasPadam
  2. akhirnya....
    simpati pada meon dan luqman...tetapi syukur kerana meon sempat berubah dan luqman pun mahu berubah...
    alhamdullillah...

    BalasPadam
  3. @seed169
    hidayah allah beri kepada sesiapa yang dikehendakinya

    BalasPadam
  4. entry ni buat sy menangis.....sedih sungguh dgr rintihan luqman

    BalasPadam
  5. @Minsofea

    kak sofi amat bersyukur kalau cerita ini memberi kesan kepada anda yang membaca

    BalasPadam
  6. Kak Sofi, sy nangis tau baca bab ni.. sedihnya...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…