Langkau ke kandungan utama

kisah cikgu lagi

aduii.....nak kena pergi ke sekolah lah pulak pagi ni..... xpe... jap lagi. hehe....hari ni kan sabtu? aktiviti yang dijalankan pun semuanya santai huhu...

dah baca n3 sebelum ni? kan aku cakap nak tulis citer budak sekolah? hmm, ada satu komen dari seseorang ni..panjang dan lebar komennya hehe.... tapi aku suka.

aku pun lebih kurang dia jugak dulu... cikgu kesukaan aku ialah cikgu yang garang + serius + pandai buat lawak. macam mana tu? nama dia mr tan. ajar maths dgn geografi masa aku tingkatan 2. garang pd murid yg malas x nak buat homework dia bagi, serius masa mengajar.... x pernah masuk lewat dan guna sepenuhnya masa dalam kelas dan dalam serius mengajar tu, banyak buat lawak dengan kaedah-kaedah x masuk akalnya dalam melukis peta dan pengiraan. namun kerana dia, aku masih terbayang-bayangkan tasmania sehingga ke hari ini. kerana dia juga aku minat matematik sesangat.

itulah pengaruh cikgu, ya?

aku memang pantang tengok cikgu mengajar suruh baca buku teks. anak murid baca, dia santai kat depan. habis sorang baca, murid lain sambung... wakaka... apa kes? no penjelasan..makkk.....

kini, aku sendiri jadi cikgu. entah apa agaknya anggapan murid-murid aku tentang diriku sendiri. dalam kategori apakah aku diletakkan? hehe.....

salah seorang anak muridku.... kahwin dengan anak saudara sepupu. kali pertama jumpa selepas sekian lama (aku ngajar dia masa aku mula posting dulu..waktu tu dia dalam T1) dia jerit...cikgu scrap book... hehe... akulah tu!

aku disuruh ajar english dulu. gelabah semacamlah... major fizik/maths tapi kena ajar english, apa kes. tapi dulu, mana berani nak cakap x boleh pada pengetua. dia suruh ajar english... akur! tugasan pertama aku beri kat anak murid ialah buat scrap book. tentang sekolah tu kalau aku x silap. tu yang anak muridku jerit panggil aku cikgu scrap book. dia ingat aku lagi walau lebih 15 tahun x jumpa...ngee....

banyak lagi kisah lucu bila jumpa bekas anak murid... seronok bila mereka masih ingat dan masih hormat. hmm...

okey..cukup sampai di sini sayang...

haha...

cheerio.

Ulasan

  1. Assalam. Gud morning Teacher.

    BalasPadam
  2. Cikgu, mana Heartbeat ...nak click2. Kalu belum jom register dgn blog mwana

    http://nurqasehbiz.blogspot.com/2011/02/bila-hati-berklik-klik-dgn-heartbeat.html

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…