apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

5.2.11

kerana facebook @ kerana cinta @ kerana kurang iman? mana satu?

kisah dicetuskan facebook tidak akan habis. macam-macam dah kita dengar. macam-macam dah dipersoalkan. tapi, pengguna fb semakin ramai, hari demi hari. 

anak sedara aku baru aje buat gathering dengan kawan-kawan lama dia, spm 1997, kalau x silap. semua datang. dan, semuanya beramah mesra. aku pun terfikir.......

katalah masing-masing dah jadi isteri dan suami orang. tetiba di gathering ini, masing-masing yang dulunya pernah bercinta di sekolah tu, bertemu.... apakah rasa cinta tu akan datang balik?

cuba baca kisah dalam metro ni....  
KUALA LUMPUR: Pertemuan semula dengan kekasih lama yang dijejak melalui laman sosial facebook menyebabkan seorang isteri hilang pedoman apabila lari meninggalkan suaminya untuk tinggal bersekedudukan dengan bekas teman lelakinya itu.

Lebih mengaibkan, wanita berusia 30-an itu yang membawa bersama anaknya berusia lebih setahun turut menuntut supaya suaminya menceraikannya.


Bertindak atas laporan suaminya, wanita itu bersama bekas teman lelakinya ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam serbuan di sebuah rumah di Shah Alam, Rabu lalu.
 

Sumber Jais berkata, dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, pasangan kekasih terbabit gagal membuktikan mereka mempunyai ikatan sah mengikut hukum syarak apabila disoal siasat.

dah baca? sedih kan? itulah aku nak tahu tu... salah siapakah? fb? cinta? nafsu? 


fikirkanlah....
sofi

2 ulasan:

  1. agree,,kdg2 bnde ni ade negative n positive..tp sume bergntung kpd keteguhan iman diri kita..semoge kita dilindungi dari bisikan syaitan yg menyesatkan ni kn..amin

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.