apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

24.2.11

kawan, teman, sahabat... beruntunglah anda

anda tahu tak beza di antara teman, sahabat dan kawan. ohh..memang ramai yang sering bercakap tentangnya. 

anda ada ramai kawan? kan? apakah kawan anda itu boleh diisytiharkan sebagai teman. teman ni seseorang yang kita boleh berkongsi rasa... dan paling penting dapatkah dia menyimpan rahsia kita? kalau teman jadi sahabat, dah tinggi tarafnya tu. sebab sahabat ni seseorang yang ada dengan kita dalam susah dan senang, dalam sedih dan gembira. yang sanggup menggadai nyawa demi kita. 

kata j sham...kalau aku tak silap dalam lirik lagunya, resam dunia:
baiklah baik memilih teman,
jangan selalu menurutkan hati
teman ketawa senang didapat
teman menangis sukar dicari 
aku bertuah kerana aku ada seorang kawan. yang kemudian menjadi teman rapatku. pada dia, aku curahkan masalahku. dia sentiasa menjadi pendengar laraku dengan baik. 

namun, martabatnya kuangkat menjadi sahabat kerana bila jiwaku resah, bila aku mula lemas dalam dunia fana ini, menyalahi takdir bila terperangkap dalam kesedihan.... dia memimpin tanganku, membawa aku kembali kepada Dia. membawa aku mengingatiNya. kerana aku manusia lemah sering terlupa..... Dia sentiasa menguji........

semalam, dia bercerita kepadaku......
iskandar zulkarnain, pemerintah dunia timur dan barat, termaktub kisahnya di dalam Quran. pernah menyuruh ibunya mengadakan kenduri, meraikan kemenangan. pesannya kepada ibunya itu.... jemputlah sesiapa sahaja menghadirkan diri dan makan semahunya asalkan orang yang ibu jemput itu ialah orang-orang yang tidak pernah ditimpa musibah. 

malangnya, tidak ada seorangpun datang. tidak ada yang hadir. kenapa? kerana sesungguhnya, tak ada orang yang tidak ditimpa musibah. tak ada seorangpun hidup tanpa masalah. 

iskandar zulkarnain segera sujud kepada Allah kerana sesungguhnya, dia tahu, Allah itu Maha adil, menguji setiap hambanya, termasuk dia..
kata sahabatku itu....
sabarlah bila ditimpa masalah kerana sabar itu amat tinggi ganjarannya. jangan jemu meminta tolong pada Dia kerana kalau aku minta tolong pada makhluk yang lain, mereka juga sepertiku, sama-sama dibebani masalah. bezanya, hanya kecil atau besar masalah itu. 
katanya lagi...
Allah amat dekat dengan kita, bila kita dekatkan hati, jiwa dan seluruh diri kita kepadaNya. mintalah dengan ikhlas....insyaAllah, dia akan memberikan. 
Tuhan, terima kasih kerana Engkau memberikan aku seorang sahabat sepertinya. 

saat aku 'hilang', Kau hantar dia, buatku mencari jalan pulang. 

saat aku merasakan Engkau membenciku, dia menunjukkan padaku betapa kasih dan sayangMU masih aku terima. 

saat aku jauh, dia menarikku, memegang kembali taliMu yang aku rungkaikan.....

ya, aku tidak akan temui lagi teman, kawan dan sahabat seistimewa dia. 

terima kasih.... Tuhan atas anugerahMu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.