apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

15.2.11

katanya konsert si MOHSEN NAMJOO ni batal, TAPI...

kalau ada yang x kenal mohsen namjoo, tengoklah gambar. itulah manusianya. mengaku islam, lahir di negara islam, tapi lagu-lagunya semua bertentangan dengan islam. 

terkejut juga bila kerajaan benarkan dia buat konsert tapi sekarang aku rasa lega dah bila rais yatim kata "NO!"
kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan tidak membenarkan konsert penyanyi kontroversi dari Iran, Mohsen Namjoo yang dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Jumaat ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ini berikutan permohonan penganjur konsert tersebut ditolak oleh Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang bermesyuarat hari ini.

Beliau berkata, penolakan itu dibuat kerana 

1. konsert tersebut tidak sesuai diadakan dari segi agama dan budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

2. tidak sesuai dengan khalayak di Malaysia kerana terdapat pertembungan nilai dan persepsi yang dibawa penyanyi itu.

3. rekod peribadi penyanyi antarabangsa itu juga jelas menunjukkan dia merendahkan martabat Islam dan ayat suci al-Quran. 

tapi....
"Konsert Namjoo in 'A Minor' Live in Malaysia: Live in Kuala Lampur akan tetap diteruskan Jumaat ini di sebuah lokasi yang dirahsiakan di ibu negara. Konsert tersebut bagaimanapun dihadkan kepada komuniti Iran yang berada di Malaysia untuk bertemu dengan penyanyi itu." 
- penganjur


hah...tu apa kes pulak? kalau dah batal, bermakna BATALLAH, kan? kenapa ada special entity pulak ni? siapa nak jawab soalan aku ni? 

sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.